Vietnam merupakan salah sebuah destinasi pelancongan menarik di Asia dan menjadi tumpuan backpackers. Boleh dikatakan Vietnam juga antara negara berisiko tinggi untuk anda ditipu oleh rakyat tempatan.
Ini pengalaman hitam yang dikongsi pengguna Facebook Khairuddin Ariffin ketika berkunjung bersama isteri ke Ho Chi Min City.
Dia tunjuk buku testimoni dari rakyat Malaysia
PENGALAMAN KENA SCAM DI VIETNAM
Setiap kali kalian tengok orang pergi travel mesti rasa seronoknya kau! Tak semuanya manis ya kawan-kawan.Kebanyakan ada cerita pahit sebenarnya,termasuk saya haha
Saya cuba kongsi pengalaman buruk pada trip saya pada tahun 2016.
Inilah trip pertama kali kami ke Vietnam dan ini ‘unplanned trip’. Beli tiket return, dan hanya beli hotel sehari dua sebelumnya. Tiada plan langsung untuk cari itinerary atau tourist guide.
Acah-acah backpackers betul haha
Selesai check in,saya dan isteri turun periksa kawasan sekitar dan survey lokasi untuk dilawati hari seterusnya. Pengalaman kami, kawasan sekitar Vietnam tak sama macam di Indonesia atau negara Asia yang lain.
Dengan bau dan makanan yang tak berapa sedap di tekak melayu ni,pertama kali rasa datang dan terus rasa nak balik pada hari yang sama.
Tapi kami gagahkan diri untuk hari seterusnya.Kami disapa oleh seorang pakcik yang bermotosikal dan dipelawa untuk ronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh. Oleh sebab pertama kali sampai, rasa nak cuba tapi kami biasa tanya harga dulu.
Nampak baik.
“How much for the trip ?”
“Around rm60”
Beliau pun tunjuk ada beberapa buku testimoni dari rakyat Malaysia yang lain yang dia bawa.Gambar cantik semua orang happy ja. Nampak berbaloi, saya dan isteri setuju untuk bonceng dengan mereka.
Asyik tengok barang kemas isteri
Pengalaman baru ni. Dua motor baru rm60 untuk pusing bandar untuk tengahari.Pertama kali pusing bandar jadi pembonceng
Naik motor kan murah,jadi pembonceng je pun.Dapat setel semua best spot dekat Ho Chi Minh. Kami di bawa melawat beberapa tempat yang wajib pergi di Ho Chi Minh seperti St Mary Cathedral,Post Office Saigon dan Museum War.
Sekitar jam 1 tengahari kami dah habis pusing. Tapi kami try ajak selfie dengan ‘pakcik’ tu tapi dia asyik tolak.Katanya “agama” yang tak bagi.
Pelik.
Kami dibawa di tempat yang agak jauh dari bandar untuk minum kopi Vietnam katanya dan tempat last untuk trip. Kami pun tulis lah testimoni yg baik dekat buku. Akhirnya dia minta untuk bayar dia Rm600.
RM600 untuk 2 orang??
Memang kami terkejut. Dia kata Rm60 tu untuk sejam.5 jam jadi rm300 untuk 1 motor, 2 motor total Rm600.
Kenapa tak cakap awal-awal dengan lagi detail?
Dia senyap dan bagi macam-macam alasan.
Memang panas.marah,bengang,tak puas hati semua ada. Masa tu dekat kawasan yang memang asing dan jauh dari hotel.Sambil bincang dia asyik tengok barang kemas isteri (walaupun pakai cincin kahwin). Rasa nak lari tapi tak berani nak buat kacau di negara orang.
Terus terang saya kata kat pakcik tu,ada Rm300 je.Selepas nego selama 1 jam,baru dia setuju. Akhirnya kami dibawa ke hotel dengan ber huhuhu. Trip separuh hari untuk dua orang dah Rm300.
Dengan polis pun kena pau
4 ulas durian Rm50?
Jangan naik beca
Selagi tak bayar, tak boleh turun
Sumber: Khairuddin Ariffin
0 comments :
Post a Comment