1. Cameron Highland
Cameron Highland, Pahang antara destinasi kegemaran pelancong dari dalam dan luar negara. Jika anda ke sini, anda juga berpeluang melakukan aktiviti hiking sambil menghirup udara segar. Menikmati kesedapan buah strawberi dan melawat perkampungan Orang Asli.
Ini antara foto cantik yang dikongsi photografer Grey Chow akan kecantikan malam di destinasi tanah rata, Cameron Highland ini.
Nak tahu di mana lokasi ini? Anda juga boleh rujuk lokasi Google Map yang turut dikongsi Grey Chow (rujuk dibawah).
2. Mersing, Johor
Mersing, Johor antara lokasi Astrophotography di selatan negeri Malaysia. Mengambil masa hanya 30 minit dari pekan Mersing untuk ke sini dan anda berpeluang untuk menikmati langit biru di waktu malam.
Ini merupakan lokasi sekiranya anda ingin mengamati pemandangan indah ciptaan Ilahi di Mersing, Johor.
3. Kota Kinabalu, Sabah
Foto cantik yang dikongsi Grey Chow ini pasti membuatkan anda tak sabar untuk terbang ke Kota Kinabalu, Sabah.
Anda wajib ke Sabah jika ingin menikmati pemandangan yang cantik dan keindahan semula jadi. Bayangkan anda berpeluang menghirup udara segar tanpa sebarang pencemaran. Syoknya! Jadi, tunggu apa lagi? Ini masanya untuk anda ke Sabah!
4. Batu Pahat
Tambahan pula, anda juga boleh ke Batu Pahat, Johor bagi menikmati panorama malam yang indah. Tambah pula, anda berpeluang untuk menikmati fasa matahari terbenam di jeti nelayan.
Jika anda ingin menikmati pemandangan indah sebegini, jam 6.30 petang hingga 7.30 malam adalah waktu terbaik melihat matahari terbenam.
5. Kuala Kubu Bahru
Kuala Kubu Bahru juga destinasi menarik bagi anda yang ingin meluangkan masa lapang bersama keluarga. Di sana terdapat banyak air terjun dan sesuai untuk berkelah di hujung minggu.
Foto yang ditangkap Grey Chow ini menyaksikan keindahan panorama tasik Kuala Kubu Bahru, Selangor pada waktu malam.
6. Semenyih
Ramai orang tidak tahu kewujudan Tasik Semenyih, Selangor. Buat pengetahuan anda, tasik ini agak gelap persekitarannya tetapi ini antara destinasi yang tak jemu. Mungkin anda boleh terokai Tasik Semenyih ini dari aspek yang berbeza pula.
Sumber: Grey Chow, Tourism Malaysia
0 comments :
Post a Comment