Jadi suri rumah bukan tugas yang mudah, besar tanggungjawabnya. Especially, nak siapkan makanan untuk keluarga. Jenuh fikir nak masak apa, senang ke susah masakan tu. Sebab tu alatan dapur memainkan peranan penting.
Kalau ada yang kurang atau yang dah rosak memang jadi double trouble bila nak memasak tu.
Boleh custom made kuali level antarabangsa weyh!
Admin nak kenalkan dekat korang kuali custom made yang dikeluarkan oleh LIEN YAIK HARDWARE (M) SDN BHD yang dah ditubuhkan sejak tahun 1977. Beza tau kualiti kuali korang dekat rumah dengan yang dihasilkan oleh pakar besi LIEN YAIK.
Kuali LIEN YAIK bukan biasa-biasa! Kemahiran mereka untuk menghasilkan kuali memang tip top. Lagipun diorang guna sistem automosi secara sepenuhnya bagi membolehkan korang pilih gred besi yang korang nak.
Ada banyak standard besi yang korang boleh pilih termasuklah ISO185/JL/150 hingga ISO 185/JL250 (FC), Spheroidal Graphite (Nodular Iron/FCD) gred 400-18 hingga gred 700-2 dan beberapa jenis besi tuang (SC) yang lain.
Inovasi kuali tradisional Malaysia!
Kalau korang nak tahu syarikat LIEN YAIK dah lama menerajui penghasilan kuali dengan cara tradisonal. Unsur keselamatan dan kesihatan amat dititik beratkan sejak zaman dahulu kala lagi. Tapi sekarang penghasilan kuali lebih cepat dan efisien.
Kenapa kuali besi tuang? Mesti korang tertanya-tanya kan? Kuali besi tuang dah lama digunakan ianya sangat mudah digunakan dan fleksibel untuk pelbagai masakan. Korang nak menggoreng, nak merebus dan grill bukan satu masalah. Lagipun kuali besi tuang telah terbukti sebagai kuali yang tahan lama. Tak rugi beli!
‘SheeLY’ kuali idaman korang!
Oleh sebab itu, kalau korang nak kuali yang berkualiti dan tahan lama korang kena dapatkan kualiyang telah dihasilkan oleh LIEN YAIK iaitu SheeLY. Ianya mempunyai permukaan licin berkilat dan kemas. Sedap mata memandang. Sedap lagi masakan yang korang masak.
Nak tahu bagaimana cara terbaik gunakan kuali Wok? Korang kena tonton video dekat bawah, okay? Dengan ini boleh la korang hasilkan pelbagai masakan dengan cara yang lebih efisien.
Hanya dengan sedikit sapuan minyak pada kuali, pan dan periuk SheeLY, tiada lagi sebarang lekatan bahan masakan. Ianya juga mudah dibersihkan. Produk SheeLY selamat, sihat, tahan lama dan mesra alam! Jadi jangan lupa dapatkan Produk SheeLY sekarang jugak. Confirm korang tak hampa!
Website: SheeLY Cookware
Facebook: SheeLY Cookware
0 comments :
Post a Comment