Susulan kontroversi penyebaran video mirip Haneesya sedang berhibur di kelab malam, ibunya memberi kenyataan mengatakan insiden itu berlaku kerana kesilapannya mengongkong si anak.
Terbaru, ibu Haneesya memuatnaik status setelah gelaran Dewi Remaja anaknya itu ditarik balik setelah 72 memegang gelaran itu.
Tolong maafkan dia
Nor Sakuraneeda memohon maaf dengan insiden yang berlaku dan meletakkan kesalahannya sendiri dalam memberi didikan terbaik kepada anak. Tambahnya dia terlalu mendesak anaknya untuk mengelak Haneesya mengulangi kesilapan lalu.
Me as mother to Haneesya memohon ampun dan maaf cos my daughter dah let semua orang down.. Tapi itu bukan salah dia.. itu salah me as a mother yang tak pandai mendidik anak. I just push her too hard agar dia tak repeat mistake yang I pernah lalui dalam hidup I.
Haneesya telah lakukan kesilapan yang sukar diterima semua orang tapi percayalah kesilapan yang dia lakukan adalah kerana dia terlalu tertekan hidup menjadi my daughter yang nakkan kesempurnaan. Tolong maafkan dia dan jangan lagi diungkit aib dia. beri masa untuk me perbaiki kesilapan I mendidik anak.
Dia anak yang baik
Tambah ibu yang juga bertanggungjawab menjadi pengurus peribadi gadis 19 tahun ini, Haneesya tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Ujar wanita itu lagi, teguran Allah terhadap anaknya kerana tidak mengizinkan Haneesya terus terleka dengan industri.
Dia anak yang baik yang tak pernah abai tanggung jawab sebagai anak.Dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga and i juga pimpin tangan dia masa dia belajar dlm industry ini n now masa i untuk pegang tangan dia disaat dia jatuh bila Allah beri dia teguran.
Allah bukan sengaja menegur dia dengan keras tapi kerana Allah sayang dia dan saya agar saya tak leka jadikan dia MALAIKAT, dan dia tidak leka jadi SYAITAN. Beri lah masa, ruang dan peluang untuk kami berdua perbaiki kesilapan yg terjadi ini.
Sumber: Nor Sakuraneeda
0 comments :
Post a Comment