Gara-Gara Walkie-Talkie, Warga Malaysia Dipenjara Di Thailand, Perlu RM51 Ribu Ikat Jamin

Belum lagi selesai kes warga Malaysia yang ditahan kerana didakwa telah mengakibatkan kematian rakyat Thailand di Krabi, seorang lagi rakyat kita turut ditahan di negara itu gara-gara walkie-talkie.

Wan Mohamad Amirul Adib yang bertugas sebagai pemandu pelancong pertama kali ke sana, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja, menurut isterinya, Nur Afiqah Binti Baharuddin.

Kena tahan roadblock di Sadao

Nur Afiqah berkata, suaminya bertolak dari Perak bersama pelancong pada 14 Disember lalu. Namun ketika sampai di Sadao, Thailand, ada sekatan jalan dan suaminya ditahan kerana memiliki walkie-talkie.

Adib pertama kali kerja menjadi pemandu pelancong dan pertama kali pergi keluar negara.Excited buat passport. Adib dah fikir nak makan kat Hatyai tu makanan sedap-sedap.

14.12 – Bertolak ambil pelancong di Perak terus menuju ke sempadan. Dah lepas border semua lepastu dekat Sadao ada roadblock. Adib kena tahan sebab Walkie Talkie. Then Adib call yang bawa satu lagi kereta supaya sorok Walkie Talkie. Adib ingat kes ni kecil boleh settle. Rupanya kes ni berat. Lagi berat dari bawa pistol.

Disaman atas 3 kesalahan

Keesokannya Adib dipenjarakan di sana sehingga kini. Lelaki itu disaman atas 3 kes iaitu memiliki walkie-talkie, pas pelancong dan permit kenderaan. RM 51 ribu diperlukan untuk mengikat jamin suaminya itu.

15.12 – Masuk penjara disana. Sampai sekarang masih disana. Nak jamin Adib kena ada 400k Bath / RM 51 ribu. Harga tinggi sebab Adib bukan warganegara Thailand.
Adib disaman atas 3 kes :-
1. Walkie Talkie
2. Pas pelancong
3. Permit kenderaan

Sepatutnya kes diatas, syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib , dah la pertama kali masuk penjara , negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong.

Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bkn separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh.

Kami nak minta jasa baik semua untuk bantu Derma Kilat walaupun Rm 1 itu dah memadai.

Boleh bank in acc :- 12289020080097
Bank Islam
Nur Afiqah Binti Baharuddin
Ref :- Bantu Adib

Sesiapa nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp / call :- 019 398 7679

Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik semua dan doa kalian juga dapat meringankan beban kami semua. Aminn.

Sumber: Afiqah Baharuddin

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment