Masih terngiang-ngiang akan rutin hujung tahun lalu yang diperlahankan kerana lebih seronok menikmati sesi berkumpul dengan teman dan ahli keluarga? Tetapi bila terlihat penimbang berat, alamak! Naik pula beberapa kilogram, aduhai…
[caption id="attachment_41271" align="aligncenter" width="600"] Foto: ING Image/Click Photos[/caption]Nampak gayanya, anda perlukan seseorang atau sesuatu untuk sentiasa memperingatkan anda supaya tidak culas dengan rutin kecergasan, biar seimbang dengan apa yang anda makan.
Ain Ramli, jurulatih kecergasan yang juga pengguna Apple Watch berkongsi tip dan helah untuk kembali pada landasan kecergasan yang padu terutamanya, selepas anda mengambil cuti yang panjang seperti hujung tahun lalu.
Kembali Ke Rutin
“Jangan anggap senaman anda sama seperti mentelaah untuk peperiksaan! Anda kena anggapnya rutin sama seperti mandi atau memberus gigi. Sebaiknya, usah ketepikan rutin kecergasan bila anda sedang bercuti tetapi anda bolehlah mengurangkan kadar intensiti atau kekerapan senaman itu.
“Anda kena pastikan kekal bergerak cerdas dan jurang antara senaman tidak melebihi tiga hari. Biarpun anda sedang berlibur, cuba kekal aktif dengan sesi berjalan.
“Saya gemar gunakan Apple Watch untuk menetapkan peringatan supaya saya kekal aktif walaupun sedang bercuti. Itulah cara anda persiapkan minda anda juga,” katanya kepada Jelita.
The post Cara Mudah Elak Malas Bergerak Aktif appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment