Memanggang ayam mungkin terasa rumit, terutamanya dengan bentuknya yang sukar dibaringkan di atas pemanggang, sekali gus sering dimasak tidak sekata. Chef Johari Edrus berkongsi enam langkah cepat menyiapkan ayam panggang berjus dengan kulit garing yang dipanggang sempurna dan menghasilkan aroma memikat.
[caption id="attachment_41364" align="aligncenter" width="900"] Foto dari Pexels.com.[/caption]
1. Sediakan Dua Zon Pada Pemanggang
Asingkan arang panas pada satu sisi pemanggang supaya anda mempunyai zon yang lebih panas (haba langsung) dan sebelah lagi zon sejuk (haba tidak langsung) untuk memulakan kerja memanggang. Jika anda menggunakan pemanggang gas, pasangkan sebahagian pemanggang pada suhu tinggi dan biarkan yang separuh lagi.
2. Potong Ayam Belah Belakang
Belah belakang atau dipanggil butterflying (belahan kupu-kupu) adalah cara terbaik untuk dapatkan hasil panggang yang sekata. Untuk memotong, letak dan tiarapkan sebelah dada di atas papan pemotong, kemudian potong di kedua-dua belah tulang belakang dengan gunting dapur atau pisau. Semasa ayam masih terbalik meniarap, gunakan pisau tajam untuk memotong-takuk di bahagian atas tulang dada hingga ia retak dengan lebih mudah. Terbalikkan dada ayam ke atas dan regangkan kedua-dua kaki. Sekarang tekan pada tulang dada dengan telapak tangan hingga terdengar bunyi retak pada tulang. Ayam harus terletak mendatar di atas papan pemotong.
The post Bagaimana Hasilkan Ayam Panggang Terbaik? appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment