‘Aamina Dah Tak Ada..’ – Bapa Redha Bayi Dilanggar Kereta Di Rumah Pengasuh

Semalam viral di media sosial apabila seorang bayi perempuan dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di garaj kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang. Kejadian itu mendapat respon ramai yang rata-ratanya sedih atas kejadian menimpa bayi malang itu.

Menurut pengasuh, dia sentiasa mengawasi pergerakan Aamina Inayah namun ketika itu dia tidak menyedari bayi berkenaan keluar ke garaj kereta.

Aamina dah tak ada

Bang, Aamina dah tak ada

Dalam keadaan terkejut, bapa bayi itu, Mohd Hafezul Abdullah bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum mengesahkan anak perempuannya, Aamina Inayah yang berusia 17 bulan meninggal dunia.

Dia mengakui sangat sedih atas pemergian anak kedua kerana bayinya itu dapat menghilangkan kesunyian di rumah berikutan isterinya kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.

Hubungi isteri di Arab Saudi

Saya sudah hubungi isteri saya, Kharina Sharing, 33, di Arab Saudi bagi memaklumkan berita sedih ini dan dia akan pulang segera serta dijangka tiba ke Gua Musang, hari ini.

Jenazah bayi saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra selepas solat Asar petang ini.

Pada ketika itu, pengasuh Nor Syamimi Ibrahim berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina yang baru pandai berjalan sejak tiga bulan lalu. Aamina Inayah dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dipandu ibu pengasuh, Che Jah Yaacob.

Che Jah ketika itu sedang mengalih keretanya yang berada di luar rumah ke dalam garaj. Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar bunyi suara bayi menangis sebelum menemui mangsa terbaring di atas lantai di depan rumah rumahnya.

Saya terima takdir

Saya selalu menghantar anak jam 7 pagi sebelum mengambilnya semula jam 6 petang setiap hari selepas pulang bekerja dan saya tinggal di perumahan Bandar Utama.

Apapun, saya terima takdir Allah kerana sudah sampai ajal anak saya.

Menurut Mohd Hafezul, anak keduanya itu baru sahaja ditinggalkan di rumah pengasuh sejak seminggu lalu. Manakala anak pertama yang berusia lapan tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufi Maidin ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibunya.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment