[VIDEO] Persembahan Adik Azzam Di D’Academy Asia 4 Mampu Buat Ramai Mengalirkan Air Mata

Persembahan yang menyentuh hati apabila D’Academy Asia 4 menjemput penyanyi kurang upaya penglihatan, adik Azzam ini telah mendapat perhatian. Azzam sebelum ini telah melancarkan video muzik bertajuk Ibu dan setiap bait liriknya sangat menyentuh hati.

Ternyata ramai yang menyaksikan persembahan dari Azzam ini mengalirkan air mata termasuk pengacara dan barisan juri D’Academy Asia 4, tempoh hari.

Lirik yang sangat bermakna

Video muzik ini dilancarkan pada 6 November lalu dan telah memperolehi tontonan sebanyak 1 juta di Youtube. Lagu hasil ciptaan Poer Brigade ini sangat bermakna dalam hidup Azzam dan keluarga. Mengisahkan mengenai isi hati seorang anak yang mempunyai kekurangan dari segi penglihatan dan tidak mampu sama sekali untuk melihat keindahan dunia.

Ibunya yang penuh kesabaran sering ceritakan mengenai dunia untuk membantu Azzam melihat menggunakan imaginasinya. Menurut ibu, anaknya itu tidak pernah pun membuatnya menangis sejak dari lahir lagi.

Persembahan Azzam menyentuh hati

Baru-baru ini, Azzam diundang ke D’Academy Asia 4 untuk mendendangkan lagu Ibu selepas persembahan dari peserta program realiti, Arif juga mempunyai kekurangan yang sama. Mereka berdua telah membuktikan kekurangan bukan menjadi penghalang untuk seseorang itu berjaya dan mengapai impian.

Sumber: Youtube

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment