Mahkota Bersinar Dengan Rona Menawan
Antara dilema mewarna rambut, takutnya jika helaian menjadi rosak. Jumpa pakar di Eka Roots, Bangsar untuk dapatkan khidmat berkonsepkan organik.
Rawatan Mewarna Rambut Terbaik
Menyempurnakan penampilan rambut sudah menjadi antara trend kecantikan kegemaran ramai. Biarpun ada pelbagai khidmat ditawarkan, sukar mencari yang menyediakan penggunaan berkonsepkan rawatan herbal dan organik. Di Eka Roots, anda tidak perlu risau lagi kerana pakarnya akan memberi nasihat terbaik untuk kesihatan akar dan rambut anda.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam salon, aroma minyak aromaterapi memenuhi ruang lalu membangkitkan suasana tenang dan relaks. Lebih menarik, minyak aromaterapi daripada rosemary turut menjadi antara rumusan utama dalam rawatan rambut di sini. Semua produk yang digunakan turut bebas ammonia. Terdapat dua rawatan mewarnakan rambut di Eka Roots yang sering menjadi pilihan iaitu:
- INAI (HENNA) Inai yang dirumus istimewa daripada India dan hadir dalam empat warna coklat gelap, hitam, burgundy dan chestnut. Ia sesuai untuk melindungi buat anda yang mempunyai uban atau rambut putih.
- Philip Martins Organic Hair Colour Rawatan ini membanu anda untuk mewarna rambut dengan rona yang lebih berani seperti ashy browns, earthy reds dan coklat pekat yang sesuai dengan tona kulit anda. Ia pewarna rambut yang organik dan tidak mempunyai ammonia.
Kunjungi salon inidi Eka Roots Hair & Scalp Wellness, 123 Jalan Maarof, 56000 Bangsar. Tel: 03- 2856 0775/017- 231 8009
Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Belai Diri Jelita 2018 di dalam isu Disember 2018.
The post Anugerah Belai Diri 2018: Eka Roots appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment