Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Pahang telah merekodkan sebanyak 236 kes penderaan dan pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 sehingga Oktober 2019.
Zulkhairi Zainol Abidin selaku Pengarah JKM Pahang memberitahu menerusi Sinar Harian, Kuantan mencatat rekod dera dan abai kanak-kanak daerah tertinggi, ianya termasuk 104 kanak-kanak perempuan dan 48 kanak-kanak lelaki.
Pelbagai bentuk penderaan
Rekod kes di Jerantut dicatatkan sebanyak 15 kanak-kanak perempuan dan lima kanak-kanak lelaki manakala jumlah ketiga tertinggi direkodkan di Maran sebanyak 12 kanak-kanak perempuan dan sembilan kanak-kanak lelaki.
Penderaan yang dimaksudkan adalah segala bentuk penderaan fizikal, seksual, emosi, pengabaian, eksploitasi pemerdagangan yang mungkin menjejaskan kesihatan, kehidupan dan maruah kanak-kanak.
Jenis penderaan kanak-kanak termasuklah fizikal, kecederaan tubuh badan yang dilakukan secara sengaja dan dilakukan oleh orang yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak itu. Sebagai contoh perbuatan seperti memukul, mencucuh puntung rokok kepada tubuh kanak-kanak dengan sengaja.
Jelasnya Zulkhairi lagi, kategori penderaan seksual termasuklah perbuatan memaksa, mengugut atau memperdaya kanak-kanak untuk mengambil bahagian atau sebagai pemerhati dalam apa-apa bentuk aktiviti berkaitan seks bagi memuaskan nafsu seseorang.
Contohnya termasuklah meliwat, merogol pendedahan kepada bahan lucah kepada kanak-kanak tersebut.
Ganggu emosi kanak-kanak
Perbuatan seperti mencaci atau menengking kanak-kanak secara berterusan dengan tidak memberikan kasih sayang dan perhatian sewajarnya pula boleh dikategorikan sebagai penderaan emosi.Penderaan emosi ini boleh mengganggu dan memburukkan emosi serta perkembangan kanak-kanak. Begitu juga dengan pengabaian iaitu kegagalan ibu bapa atau penjaga menyediakan keperluan asas yang berpatutan kepada kanak-kanak.Kesemua perbuatan dan kesalahan ini termaktub di bawah undang-undang Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman sekiranya didapati bersalah.
0 comments :
Post a Comment