5 Fakta Menarik Mengenai Perkahwinan Rahsia Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth

Tanggal 23 Disember 2018 adalah cukup bersejarah buat peminat pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth. Setelah spekulasi tersebar mengenai perkahwinan pasangan tersebut, akhirnya Miley Cyrus dan Liam Hemsworth mengakui bahawa spekulasi yang tersebar adalah benar. Mereka telah berkahwin pada 23 Disember 2018 di rumah mereka, Nashville, Tenn. Majlis yang cukup sederhana itu hanya dihadiri keluarga dan teman rapat pasangan itu sahaja.

Penyanyi lagu “Nothing Breaks Like a Heart” telah berkongsi gambar intim di majlis perkahwinannya yang sederhana bersama Liam Hemsworth di media sosial. Miley turut kelihatan sedang menari berkaki ayam pada lagu Bruno Mars Dan Mark Ronson’s “Uptown Funk”. Sememangnya, majlis perkahwinan ini diilhamkan dari personaliti Miley Cyrus yang cukup sederhana, peramah dan mesra. Ternyata berita mengenai perkahwinan pasangan ini disambut gembira oleh peminat pasangan ini yang telah mengikuti kisah cinta mereka selama 10 tahun ini. Berikut adalah lima fakta menarik mengenai perkahwinan rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth. Segar Dan Menarik

Tidak dinafikan lagi, Miley telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan gaun sutera gadingnya yang direka oleh pereka terkenal, Vivienne Westwood. Gaun ini dijual pada harga 8, 600 dolar dan boleh didapati untuk pesanan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian anda kasut yang digayakan oleh Liam? Pelakon The Hunger Games itu memadankan sut klasik rona hitam dan putihnya dengan sepasang kasut Vans putih yang kelihatan sangat baru. Mungkin sahaja dia mengeluarkan kasut tersebut daripada kotaknya beberapa saat sebelum mengangkat sumpah dengan Miley.

The post 5 Fakta Menarik Mengenai Perkahwinan Rahsia Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment