Kisah seorang lelaki yang didakwa enggan bertanggungjawab dan melepas tangan mengenai bayinya yang dimasukkan ke hospital menjadi bualan netizen sejak minggu lalu. Tambah memeranjatkan, lelaki itu mendakwa dia hanyalah pak sanggup dan bukan bapa kandung kepada bayi berkenaan.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Anak Saya’ – Didakwa Abai Anak Kerana Kemaruk Gadis Tiktok, Lelaki Ini Buat Pendedahan Mengejutkan
Bekas isteri lelaki terbabit menjawab persoalan netizen yang terkejut dengan dakwaan lelaki berkenaan itu.
Minta buat ujian DNA
Dalam temubual dengan Mstar, lelaki terbabit turut menyertakan salinan sijil kelahiran bayi berkenaan dan mendakwa dia menikahi wanita itu ketika usia kandungannya sudah berusia 4 bulan dan menjadi pak sanggup. Tambahnya, bayi perempuan itu tidak berbintikan namanya walaupun di ruangan nama bapa, tertera nama lelaki itu.
Bekas isterinya kemudian membalas dakwaan terbabit dengan mengatakan lelaki terbabit bukan pak sanggup dan akan meminta lelaki itu membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Jika terbukti benar bayi itu anaknya, dia akan mengambil tindakan undang-undang.
Anak tu hasil sperma dia
‘Bersihkan’ nama dengan reka-reka cerita
Dakwa bekas isterinya lagi, lelaki berkenaan juga tergamak tidak mengaku anak sendiri dan mengatakan dia menjadi pak sanggup dalam masa sama mereka-reka cerita bagi ‘membersihkan’ namanya setelah kes ini viral.
Sumber: Noriasma
0 comments :
Post a Comment