Penyanyi ‘Wik Wik Wik’ Bikin Video Musik Baru Selepas Teruk Kena Kecam Rakyat Thailand

Lagu ‘Khang Se Ai Nae‘ (Call my name just one time) nyanyian penyanyi dari Thailand Sittichai Vibhavadee dan Pennapa Naebchid mendapat perhatian peminat musik Asia terutamanya Indonesia dan Malaysia kerana korusnya yang dikatakan mempunyai unsur lucah.

Bukan itu sahaja, video musik lagu itu turut dikecam hebat gara-gara memaparkan agenda malam pertama yang berbunyi ‘wik wik wik‘. Penyanyi itu bagaimanapun menebus kesilapan terdahulu dengan menghasilkan video kedua yang lebih ‘sopan’.

Penyanyi itu juga tampil memohon maaf dalam sebuah talk show di Thailand sambil mengakui sedih dan malu apabila mempersembahkan lagu ini di depan khalayak ramai.

Video klip versi pertama

Menurut portal Sanook.com, penyanyi Pennapa Naebchid menyedari lagu ini berisiko tinggi jika dibawa dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai. Video klip dan lagu ini mengisahkan tentang hubungan lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan cinta. Akan tetapi, hubungan itu terkandas dan wanita ini telah berkahwin dengan lelaki lain.

Apabila membawa lagu ini di khalayak ramai rasa sukar dan memalukan. Ini adalah cerita yang menghiburkan, saya ingin menggembirakan orang dan memberi tumpuan kepada muzik, tetapi apa yang kita miliki mungkin sedikit nakal.

Bahagian korus pada lagu ini telah menjadi ikutan anak muda sehingga tular di media sosial. Lebih memilukan lagi apabila golongan ibu bapa tersinggung dan rasa tidak perlu agenda itu dipaparkan dalam muzik video.

Mereka mengutuk ibu bapa, walaupun hanya menyanyi, sebagai artis, yang hanya mahu bekerja secara keseluruhan. Membawa lagu mengikut cerita yang diceritakan dalam lagu.

Versi terbaru wik wik wik

Ini merupakan versi kedua muzik video lagu nyanyian Sittichai Vibhavadee dan Pennapa Naebchid setelah versi pertama dikecam hebat netizen. Walaubagaimanapun, kedua penyanyi ini tampil memohon maaf atas keterlanjuran yang telah dilakukan dalam muzik video tersebut.

Perbezaan yang telah dilakukan dalam muzik video versi kedua ini adalah pada durasi minit ke 3:21. Babak ini memaparkan aksi penyanyi Pennapa sedang memakan somtam (salad buah klasik Thai) sambil berbunyi ‘wik wik wik‘. Ini adalah berbeza dengan video klip versi pertama.

Kami tidak bercadang untuk menghancurkan muzik, kami sudah lama berada di industri ini, kami menyedari bahawa lagu ini akan menjangkau masyarakat yang lebih luas, kami hanya memberi tumpuan kepada menghibur dan berharap para peminat dapat menikmatinya.

Sumber: Sanook.com

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment