Terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kes sedemikian dianggap berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini. Perkara tersebut di dedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam perbincangan panel yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya.
Buat laporan jika ada gangguan seksual
Menerusi laporan MStar, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menggalakkan pelajar membuat laporan polis sekiranya guru-guru mereka meminta hubungan seks sebagai balasan untuk mendapatkan gred yang baik.
Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu.
Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru.
Ada amalan ‘suapan’ dalam kalangan pelajar
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, terdapat juga contoh di mana pelajar cuba memberi ‘suapan’ kepada rakan sekolah untuk memenangi undi sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah.
Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan.
Sebab itulah kita perlu mendidik anak-anak kita tentang rasuah daripada mereka sekecil yang mungkin.
Rasuah sebagai subjek di sekolah
Tambah beliau lagi, untuk mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah, ianya seharusnya dijadikan subjek di sekolah.
Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara ini pada masa ini terlalu membimbangkan.
Sumber: MStar Online
0 comments :
Post a Comment