Isu antivaxx ini bukanlah sesuatu baru dalam masyarakat kita hari ini. Walaupun diberi pelbagai kesedaran, golongan sebegini masih menganggap vaksin sesuatu yang haram. Paling menyedihkan segelintir ibu-bapa sanggup menolak vaksin tanpa memikirkan kesihatan anak mereka.
Terbaru, seorang individu yang dipercayai seorang guru mengeluarkan fakta vaksin haram di Facebook sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Muslim tabur fitnah
Serious tak kisah sebagai Muslim duk tabur fitnah? Serious sebagai Muslim tak reti baca artikel dengan lengkap? Dah tulis situ tajuk “Ubat dari sumber babi dan PILIHAN ALTERNATIF”.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menggunakan MMR II tetapi Priorix yang TIDAK menggunakan gelatin babi. Beginikah contoh manusia yang orang Muslim nak ikut?
Orang yang ahli dalam bidangnya dah menyampaikan maklumat dan hujah. Tetapi yang menjadi ikutan adalah yang BUKAN AHLI dan berselindung disebalik wajah Islamik.
Gelatin babi melalui proses kimia
*NOTA TAMBAHAN(jawapan saya di komen).
1. “Memang sebelum ini ada menggunakan vaksin dari sumber gelatin babi. Tapi kini sudah diubah.
Kalau ikutkan fiqh perubatan, nilai Gelatin Babi yang dah melalui beberapa proses kimia, telah hilang unsur haramnya. Itu yang saya belajar semasa di UIA. Ikut fiqh dan asas kimia.
Walaubagaimanapun, sekarang KKM dah guna pakai jenis Priorix yang telah mendapat maklumbalas dari JAKIM.”
2. NADIA ADA POST GAMBAR DIBUKU YANG MENUNJUKKAN MMR II!
Biar gambar berbicara kan? Tapi kalau berbicara tanpa berfikir dahulu, mesti tak tahu yang itu adalah daripada klinik SWASTA, bukan dari KKM.
3. Saya kepilkan insert dari MMR II yang di kirim dari rakan saya di Klinik Swasta. MMR-II TIDAK GUNA pun porcine based gelatin.
Bagaimana proses menyucikan vaksin?
Walau bagaimanapun, individu ini tidak berpuas hati hati dengan penjelasan orang ramai. Dia turut persoalkan cara menyucikan vaksin dari kandungan unsur gelatin babi.
Dikecam ramai
Sumber : Ahmad Firdaus
0 comments :
Post a Comment