Raikan hujung tahun anda dengan seleksi produk cantik yang menarik. Anda boleh milikinya untuk kegunaan peribadi ataupun boleh dijadikan sebagai bingkisan istimewa buat yang tersayang kerana ia juga hadir di dalam pelbagai bungkusan yang unik.
Set sebegini hanya muncul sempena keraian hari Natal, sudah tentu ianya edisi terhad. Harga ditawarkan kebiasaannya cukup berbaloi!
Laneige Dream and Glow Basic Duo Set, RM230
Untuk tahun ini, Laneige menampilkan koleksi My Neon Sign yang terdiri daripada set penjagaan wajah, Dream and Glow dan rangkaian mekap iaitu Wild At Heart. Berinspirasikan kemeriahan hujung tahun patut diraikan dengan penuh kejutan, anda juga mampu tampil cantik bak selebriti pujaan Korea tanpa limitasi. Glow and Dream Basic Duo Set ini terdiri daripada item penjagaan wajah paling terlaris, iaitu Water Bank Essence dan Water Bank Serum.
The post SELEKSI PRODUK CANTIK UNTUK DIRAIKAN HUJUNG TAHUN INI appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment