Siapa kata hidup sendirian lebih baik? Betul ke? Yakiiin…? Korang boleh makan, tengok movie, jalan-jalan, shopping, semuanya sorang-sorang? Min yakin, ada orang kata boleh dan ada orang kata tidak…
Sebab apa, bukan setiap masa kita nak ada teman. Dan, kadang-kadang ada masanya kita perlukan masa untuk diri sendiri kan? Tapi, korang tau tak apa kelebihannya bila korang ada best friend forever (BFF) dalam hidup? Haa, teruskan baca sampai habis!
1. Dia boleh bertindak sebagai ‘perunding fesyen’ kita, alang-alang tu boleh minta ajar style tudung baru
Kalau korang tak yakin dengan apa yang korang pakai, BFF ni boleh ajar korang macam mana nak berfesyen! Walaupun kadang-kadang citarasa dia lebih kurang je dengan kita, at least pakaian yang dia pilih tu cantik jugaklah untuk dipandang…
Lagi satu, bila korang dah bosan dengan style tudung yang korang gayakan sekarang ni, BFF ada boleh bantu! Setiap orang ada style tudung kegemaran, jadi bila ada BFF boleh share style mana yang korang suka. Silap haribulan, tudung pun share sekali!
2. BFF adalah jenis orang yang tak berkira, lagi-lagi bila terdesak
“Alamak nak bayar makan tak cukup duit pulak ni, kalau pinjam Nisa (BFF) agak-agak dia bagi tak?” Jarang BFF say ‘No’ kan? Sebab apa, hari ini mungkin hari dia, esok lusa kita tak tau kan?
BFF ni sebenarnya jenis tak berkira, tapi korang jangan pula ambil kesempatan! Hargai BFF, sebab jenis orang yang tak berkira ni bukan senang nak jumpa…
3. BFF juga boleh jadi teman shopping paling gila
Bila korang hadap hari yang murung, mesti korang nak release stress kan? Bagi perempuan, shopping adalah salah satu caranya… Tapi, shopping sorang-sorang tak bestlah, kena ada teman! Sebab tu pentingnya BFF ni!
Dari satu mall, kedai, butik dan lokasi untuk shopping, BFF ni langsung tiada masalah nak teman korang release stress. Alang-alang korang shopping, diorang boleh tolong angkat barang yang korang dah beli kan?
4. Sentiasa sependapat dalam hampir semua perkara. Tak percaya?
Bila korang ada BFF, hampir setiap perkara korang akan sependapat dan buat bersama kan? Contohnya bila jalan-jalan kat shopping mall, nampak beg cute mesti dua-dua teruja. Takpun, kalau tak suka perangai seseorang tu, mesti BFF pun setuju dengan korang…
Tapi, jangan mengumpat belakang-belakang pula ya!
5. Automatik akan rapat dengan family BFF, dah macam family sendiri
Bila ada BFF, mesti BFF selalu ajak datang rumah untuk makan-makan, sleepover, lepak-lepak bila weekend kan? Secara automatik, korang akan rapat dengan family BFF korang tu. Dari mak ayah, adik-beradik sampailah sepupu sepapat korang akan kenal…
Korang pulak nanti bila ada masa lapang, ajaklah BFF tu datang rumah korang jugak. Kenal-kenal dengan family korang pulak. Tak rugi tau bila kenal ‘ahli keluarga’ baru ni… Mana tau satu hari nanti korang memerlukan pertolongan, siapa tau diorang boleh bantu?
6. Dengan BFF, korang tak malu untuk ekspresikan diri yang sebenar
Sesetengah daripada kita malu untuk ekspresikan diri yang sebenar di khalayak ramai. Tapi, jauh di sudut hati nak tunjuk kat semua orang. Kalau ada BFF, tak perlu malu. Sebab, diorang tau luar dalam dan segalanya pasal korang. Nak malu apa lagi kan?
Nak tengok macam mana hubungan BFF sebenar? Semuanya ada dalam #SisCuba di TV3
Saksikan drama pendek 10 minit bertajuk #SisCuba sebanyak 5 episod di TV3 yang dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.
Dibawakan khas oleh Sunsilk, #SisCuba mengisahkan 3 BFF yang sudah lama terpisah, namun bertemu semula bagi merealisasikan impian sama iaitu mahu memulakan perusahaan tudung…
Biarpun diduga dengan kepayahan hidup, kerjaya dan kisah cinta masing-masing, persahabatan 3 BFF ini tidak renggang malah makin akrab gara-gara perusahaan yang diceburi. Adakah perusahaan tudung mereka berjaya?
Saksikan kesudahannya dalam drama #SisCuba di TV3 setiap hari Selasa pada jam 9:50 malam bermula 27 November ini. Kalau korang terlepas, jangan risau sebab ia akan disiarkan semula sejurus selepas waktu tayangan di platform media sosial YouTube TV3MALAYSIA Official.
Malah, kalau korang rindu drama #SisCuba ini di TV, korang boleh tengok siaran ulangannya di ntv7 bermula 1 Disember depan. Jangan lupa okay!
0 comments :
Post a Comment