‘Mereka Selalu Menangis Dalam Diam’ – Ini Pengorbanan Majikan Yang Pekerja Tak Pernah Tahu

Rata-rata pekerja mempunyai stigma yang negatif terhadap majikan mereka. Ada yang menganggap majikan mempunyai perwatakan tidak berhati perut, lagak seperti singa dan perlu dihormati oleh pekerjanya. Tapi tahukah anda, sebenarnya majikan adalah orang yang telah banyak berkorban untuk kesenangan pekerjanya?

Seorang pengguna Facebook, Abd Hakim Awang mendedahkan pengorbanan setiap majikan yang tak semua orang tahu. Anda anda berfikir sejenak apabila usai membaca kenyataan ini.

Pengorbanan seorang majikan

Gambar sekadar hiasan

SISI GELAP SEORANG MAJIKAN YANG RAMAI TAK TAHU…

1. Pada waktu hari gembira anda dapat gaji, ada seseorang yang tak lena tidur pada malam sebelumnya. Resah gelisah memikirkan bayaran gaji, sewa, air dan api.

2. Selepas hari kedua gaji dibayar, ada seseorang yang terus fikir bagaimana nak dapatkan wang untuk bayaran gaji pekerja untuk bulan seterusnya seraya bertungkus lumus untuk mendapatkannya.

3. 3 hari sebelum gaji diterima, ada seorang majikan senyap-senyap pergi berhutang dengan seseorang untuk tambah gaji yang tak cukup.

4. Majikan anda itu tersangatlah ingin memberikan gaji setinggi mungkin kepada pekerjanya jika dia mampu, andailah pekerja tahu. Majikan terasa puas dan bangga bila dapati pekerja mereka bahagia dan cukup bila bekerja dengan mereka.

5. Betapa menggigilnya seorang majikan itu, bila tarikh 30 hb tiba. Terasa cepat ianya tiba lagi walaupun baru sebentar tadi ia berlalu pergi.

6. Senyuman seseorang majikan itu adalah palsu pada kebanyakan masa. Tak terlihat dan tak tertanggung beban sebenar di belakang tabir.

Selalu menangis dalam diam

Gambar sekadar hiasan

7. Betapa luluhnya hati seorang majikan itu, jika pekerja harapannya angkat kaki setelah diajarkan segalanya..

8. Betapa sayangnya majikan itu kepada pekerja mereka (yang baik dan rajin) walaupun selalu ditegur dan dimarahinya.. Mereka ingin mengajar bukan ingin kurang ajar..

9. Selepas waktu gaji, ada seutas gelang tangan milik majikan tergadai di kedai Ar Rahn. Nak topup modal buat niaga. Atau mungkin juga nak topup gaji yang tak cukup.

10. Majikan adalah seorang yang selalu menangis dalam diam. Ratapan di malam hari seorang diri menghadap ilahi.

11. Adakalanya majikan nampak macam ‘loaded’ tapi sebenarnya pokai dan koyak rabak. Masuk hotel 5 bintang bincang projek juta-juta, duit ada RM50 dalam poket. Biar papa asal bergaya dan meyakinkan.

12. Ada majikan yang dahulukan gaji pekerjanya berbanding susu bayinya..

13. Majikan ingin segalanya yang terbaik untuk pekerjanya namun pada hakikatnya bukan senang untuk realisasikannya. Kebanyakan adalah disebabkan oleh kekangan kewangan..

14. Adakalanya majikan tak pernah dapat gaji untuk dirinya. Dapat lepaskan gaji pekerja sudah mampu buat majikan tersenyum dan menarik nafas lega, sekurang-kurangnya untuk bulan tu 

15. Berapa ramai majikan yang meniaga, tak dapat apa-apa melainkan dapat lepas bayar gaji pekerja saja..

Bukan semua majikan tak baik

Gambar sekadar hiasan

Inilah realiti sisi gelap seorang yang bergelar MAJIKAN.. Bukan seperti terlihat di layar tv. Memanjang di kafe mewah bertie dan berkot litup. Balik ke rumah besar dan terus menghempaskan diri ke sofa empuk.

Bukan semua majikan tak baik, ramai je yang baik dan tinggi pengorbanannya dan kita tak perasan dan tak tahu. Dan mereka pun tak bagitahu. Pendamkan seorang diri senyap-senyap jer..

Memang betul ini tanggungjawab kami. Namun sekadar ingin berkongsi kepada umum pengalaman suka duka kami bergelar sebagai seorang majikan.

Adakalanya seorang pekerja hanya akan benar-benar faham akan pengorbanan seorang majikan bila tiba giliran dia menjadi MAJIKAN pula.

Sumber: Abd Hakim Awang

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment