Ini 7 Sebab Mengapa Kulit Bayi Kering

Kulit bayi juga mudah menjadi kering jika ia tidak dijaga dengan baik. Sebelum anda menyapukan losyen ataupun krim pada kulit bayi anda yang baru lahir, anda perlu tahu sebab mengapa kulit bayi menjadi kering. Ini Jelita kongsikan tujuh sebab mengapa kulit bayi menjadi kering.

kulit bayi kering

Gambar: Shutterstock

Kulit bayi yang nipis

Jika dibandingkan dengan dewasa, kulit bayi adalah lebih sensitif. Ini kerapa kulit bayi yang baru lahir adalah sangat nipis. Dan disebabkan ini, ia tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit yang diperlukan. Masalah ini sering dialami oleh bayi yang baru lahir.

Suhu bilik

Udara persekitaran juga menjadi faktor mengapa kulit bayi mudah menjadi kering. Sekiranya bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering, kulit bayi boleh menjadi kering juga. Jika bayi sentiasa berada dalam bilik berhawa dingin, kulit mereka juga boleh menjadi kering juga. Bilik yang terlampau panas juga akan menyebabkan kulit bayi anda mengelupas.

Pakaian yang ketat

Jika anda keluar dengan bayi anda di cuaca yang terlalu panas, elakkan dari gunakan pakaian yang terlalu ketat untuk bayi anda. Walaupun anda mungkin risau mengenai selesema dan batuk tetapi untuk bayi yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif, pakaikan mereka dengan pakaian yang longgar.

Mandi dengan kerap

Bagi bayi yang baru lahir adalah lebih baik jika mereka dimandikan sekali sehari sahaja. Jika mereka dimandikan dengan terlalu kerap, ini akan menyebabkan kulit mereka menjadi kering.

Kandungan sabun mandi yang kuat

Sabun bayi memang mudah untuk dicari di pasaran tetapi pastikan anda memeriksa kandungan sabun yang ingin dibeli sebelum menggunakannya.

Tidak cukup susu

Setiap ibu disarankan supaya menyusukan bayi mereka kerana bayi yang tidak cukup susu boleh menyebabkan kulit kering juga. Penyusuan perlu dilakukan sekerap yang mungkin dan ia tidak boleh melebihi tiga jam untuk setiap penyusuan. Untuk mengetahui sama ada anak anda telah mendapatkan susu yang mencukupi, anda perlu mengira lampin yang ditukar. Jika anda perlu menukar lampin enam hingga lapan kali sehari, itu menunjukkan anak anda telah mendapatkan susu yang mencukupi.

The post Ini 7 Sebab Mengapa Kulit Bayi Kering appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment