Lafaz Cerai Anak Pengasas Gedung Tekstil Jakel Sah

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pada 1 September lalu oleh anak pengasas gedung tekstil, Abdul Shiraz Mohamed Jakel terhadap bekas isterinya, Nurul Waheda Musa.

Selepas meneliti kenyataan kedua-dua pihak yang dikemukakan kepadanya dan ikrar defendan, Abdul Shiraz, Hakim Shanizah Ngadiman membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Lafaz cerai sah

Menerusi laoran Harian Metro, Hakim Shanizah Ngadiman berkata mahkamah mensabitkan lafaz cerai yang dibuat pada 1 September 2018, 9 malam adalah sah dan terjatuh talak.

Mahkamah memutuskan dari tarikh dan waktu itu jatuh talak satu kali pertama berjumlah satu talak secara talak rajie, terhadap plaintif dengan beredah tempoh tiga kali suci.

Mahkamah memerintahkan ia hendaklah didaftarkan ke pejabat agama Islam daerah Petaling dan surat pengakuan nikah di Kedah dibatalkan

Lafaz cerai melalui Whatsapp

Terdahulu Abdul Shiraz yang tidak diwakili peguam, ketika memberi keterangan kepada mahkamah, dia menghantar lafaz cerai terhadap Nurul Waheda pada 9 malam, 1 September lalu melalui WhatsApp kepada kakak dan adik kandung bekas isterinya. Tambahnya, dia menghantar mesej itu ketika berada di restoran di Subang.

Masa itu saya fikir talian telefon yang dipakai (oleh Nurul Waheda) tak ada

Ahli perniagaan itu juga memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah pada 8 Julai tahun lalu, sudah tidak tinggal bersama sejak 22 April lalu.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment