Tiada siapa dapat menjangkakan ketentuan ajal dan maut dijemput Ilahi, tidak mengira tempat dan masa. Seperti tragedi yang dilaporkan Khaleej Times, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Yahya Puthiyapurayil disahkan meninggal dunia dalam pesawat selepas pulang mengikuti keluarganya dari umrah di Mekah.
Kanak-kanak itu dipercayai diserang epilepsi (sawan) selepas 45 minit berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah.
Diserang sawan di udara
Pesawat Oman Air menuju Kozhikode di Kerala terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Abu Dhabi pada petang Isnin lalu. Menurut bapa saudara kanak-kanak lelaki itu, Mohammed Nadeer berkata anak saudaranya itu demam dan diserang sawan sebelum jatuh ke atas pangkuan ibunya.
Dia demam sedikit ketika menaiki penerbangan dari Jeddah dan diserang sawan di udara. Dia meninggal dunia di pangkuan ibunya, keluarganya sangat sedih.
Menurut ayah saudaranya lagi, Yahya Puthiyapurayil merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang tidak berupaya untuk berjalan dan bercakap. Dia hanya duduk di atas kerusi roda sejak kecil lagi.
Jenazah dibawa balik ke India
Dia berkerusi roda dan telah menjalani rawatan sejak lahir. Kami dimaklumkan mengenai insiden tragis itu pada petang Isnin. Kami bercakap dengan pegawai imigresen di Abu Dhabi bagi memudahkan urusan visa untuk bapanya. Kira-kira jam 10.30 malam urusan formaliti selesai.
Kami membuka kedutaan di malam hari untuk urusan pembatalan pasport budak lelaki itu, pendaftaran kematian dan mengeluarkan surat tanpa bantahan untuk membawa jenazah ke India.
Segala urusan pengebumian kanak-kanak itu sedang dijalankan bagi memudahkan urusan membawa balik jenazah ke India. Jenazah telah tiba di Kannur dan telah dikebumikan.
Sumber: Khaleej Times
0 comments :
Post a Comment