Apabila anda mula menjalinkan hubungan dengan seseorang, pastinya pasangan itu akan dilihat sebagai seorang yang sempurna tetapi sebaik sahaja anda mengenali mereka, mungkin sikap atau kelakuan merek tidak akan boleh diterima. Oleh itu, Jelita kongsikan empat jenis pasangan yang boleh menghancurkan hidup anda. Ada baiknya jika anda jauhkan diri daripada mereka.
Penagih
Menjalinkan hubungan dengan seseorang yang mempunyai ketagihan adalah sangat rumit dan meletihkan. Mereka akan terlalu sibuk melayan ketagihan dan ketagihan itu juga telah mula merosakkan kehidupan keluarga mereka. Ketagihan ini bukan sahaja mengenai dadah, alkohol atau judi. Mereka ini boleh ketagih kepada apa sahaja seperti makanan, kerja, membeli-belah, sukan dan juga cinta.
Cara nak kenal pasti: Seorang penagih biasanya tidak sedar akan masalah yang mereka hadapi dan cuba menafikannya. Namun, sebaik sahaja mereka tidak mendapatkan apa yang diinginkan, mereka biasanya akan menjadi agresif dan mudah tertekan. Perhatikan percakapan dan kelakuan mereka. Kenal pasti perkara yang paling banyak dibicarakan oleh si dia? Apa yang membuatkan mereka sedih? Reaksi mereka terhadap kehidupan tanpa bergantung kepada ketagihan mereka akan memberitahu anda segalanya.
Suka Mendera
Dalam kehidupan yang sebenar, individu yang terdedah kepada keganasan fizikal atau psikologi tidak kelihatan seperti watak dalam filem negatif atau ganas. Mereka biasanya sering kelihatan sopan, baik malah kelihatan naif. Namun, sebaik sahaja mereka punya kuasa atas orang lain, sifat ganas yang tersembunyi akan mula ditunjukkan. Hanya ada satu sahaja jalan keluar yang anda punya iaitu larikan diri.
Cara nak kenal pasti: Tanya pasangan anda tentang hubungan masa lalu mereka. Jika mereka mengatakan perkara yang tidak baik tentang bekas pasangan, anda mungkin sedang bersama dengan individu yang suka mendera. Individu seperti ini biasanya kuat cemburu, mereka sentiasa ingin mengawal pasangan dan tidak mengakui apabila mereka salah.
Suka Merengek
Setiap individu pasti mencari pasangan yang sentiasa berada disisi ketika sedang bersedih. Tetapi terdapat sesetengah individu ini yang kuat merengek dan mereka jadikan tabiat ini sebagai gaya hidup mereka. Mereka tidak pernah gembira dan selalu cuba untuk mencari mangsa untuk melepaskan keluhan tidak puas hati terhadap kehidupan mereka. Jika anda sering menghabiskan masa bersama individu ini, anda mungkin akan ‘berjangkit’ dengan sikap mereka.
Cara nak kenal pasti: Minta pasangan anda dengan cara yang sopan untuk berhenti mengeluh dan cuba beralih kepada topik yang lebih menyenangkan. Sekiranya tiada topik yang ingin dibincangkan, mereka akan kembali ke tabiat lama atau hilang daripada hidup anda.
Taksub Dengan Diri Sendiri
Individu yang taksub dengan diri sendiri ini tidak boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling mereka. Sudah tentu, kita perlu menghormati dan menyayangi diri sendiri tetapi sikap nasisisme dan egosentrisme boleh merosakkan semuanya.
Cara untuk kenal pasti: Ia sangat mudah untuk mengenal pasti seseorang yang taksub dengan diri sendiri. Anda perlu hanya mengira berapa kali mereka berkata, “Saya…” Jika seseorang tidak berminat dengan perkara lain kecuali diri sendiri, anda hanya akan berfungsi sebagai bayangan mereka dan itu sahaja.
The post Ini 4 Jenis Pasangan Yang Boleh Menghancurkan Hidup Anda appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment