Wajib Pasang Kerusi Keselamatan Bayi Tahun 2020 – Menteri Pengangkutan

Bagi ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak-anak, pemasangan kerusi keselamatan bayi (car seat) adalah satu perkara yang wajib buat mereka. Aspek keselamatan anak juga perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan.

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020

Program kesedaran

Bagi memastikan ianya benar-benar boleh dikuatkuasakan secara mandatori, beberapa siri program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi akan dilakukan sepanjang 2019 kepada orang ramai oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia  (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli)

Tambah Loke, pihaknya juga telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.

Sumber: Bernama

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment