Kes kecenderungan seks membabitkan kanak-kanak atau pedofilia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini ternyata membimbangkan kerana tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak tergolong dalam golongan tidak mampu melawan selain mudah dimanipulasi.
Apa yang lebih membimbangkan, ada segelintir ibu bapa yang tanpa disedari mendedahkan anak-anak kepada bahaya ancaman nafsu pelik ini menerusi laman sosial mereka. Macam mana boleh jadi macam itu?
Ramai gila yang respon
Seorang wanita, Syakilla Nordin terdetik untuk meneliti satu akaun Facebook apabila akaun berkenaan ada bertanyakan soalan kepada satu kumpulan umum di Facebook. Akaun terbabit cuba ‘memancing’ ibu bapa untuk menghantar gambar anak kepada individu tersebut kononnya untuk memeriksa masalah kesihatan dihadapi.
Serius la wei, lalu time line tadi. Simple question je dia tanya. Siapa ada anak girl? Itu sahaja.
Tapi apa yang mengejutkan, ramai gila yang respons.
Saya….saya….
Saya, ada dua…
Saya, ada tiga…
Saya ada, umur bla bla bla….
Ramai weiiii komen, duk kempen gak la anak perempuan masing masing. Tanpa cek background tukang post. (Ofcos la tak check kan, kalau cek..mesti muntah hijau & mak mak takkan komen suruh PM, PM, saya….saya…..)
‘Saya docter urinelogikal kanak-kanak’
Aku mcm curious la nak tahu, apehal soalan mcm ni dia tanya dekat group public mcm tu….ada giveaway ke apa kan…. tergerak hati nak tengok….sebab…entah la…rasa mcm soalan dia ni…. aku jadi macam…nak tahu sangat…,dengan komen mak mak yang ramai… Aku tekan komen….. Selain komen mak mak duk saya…saya…PM…PM…adalah baca komen dia..
Anak awak ada masalah KEMALUAN? Whatsapp saya..
Aku terkejut berukkkkk!!!! Hati aku cakap, ni mesti setan ni..tapi aku relax lagi la….
Ada mak-mak yang respon
Ko tengok apa aku screen shot dekat wall dia… Gambar kemaluan budak budak dengan caption dari dia…
‘So good…..’
Tapi yang buat aku bertambah tambah terkejut bila…. Ada juga mak mak yang responsssssss… siap share la anak dia gitu …gini…. Yang PM tepi tu , allahualam la kan… Aku tak tau la apa yang korang adukan pada doktor FAKE tu kan.
Series la weiiiii mak mak, bangang ke apa… Layan PEDOPHILES tanpa ragu ragu atau takda rasa syak wasangka sampai duk layan gitu sekali….mcm ko yang beria kempen anak perempuan sendiri.
Tengok facebook dia pun scary nak mampos. Boleh korang melayan orang bangang mcm ni. Dedahkan details anak perempuan korang, siap nak sharing masalah kemaluan anak korang???????
Main Facebook rajin, pergi checkup malas
Alahaiiiii…pegi klinik la wei, mahal???? Pergi KK bayar RM1, suruh DOKTOR check….bukan mengadu dekat FACEBOOK. Main FB rajin, pegi klinik checkup anak MALAS!!
P/s : Tolong la, golongan pedophiles ni wujud dan sangat-sangat fanatik dengan budak perempuan. Diorang mampu berimaginasi walaupun anak korang tertutup sepenuhnya.. apatah lagi, half naked ke.. hala.. macam mana nak educate orang ni ekk… Uplod FB personal gambar anak kita maybe acceptable la kot, tp letak tengkuk anak uols sendiri dekat pedo mcm ni, eegh… Geli!!!
Kalau bukan kita sebagai mak, lindungi anak kita…siapa lagi ??
Update : Tertarik dgn satu komen dlm post ni,
“Nowdays nak jadi mak kena ambil exam, sebab kebanyakannya kurang cerdik”
**LATEST UPDATE : FACEBOOK JALINA AIN ( SI PEDO deactive dah ) NI DAH FACEBOOK KEBERAPA ENTAH LA DIA CREATE DGN MODUS OPERANDI YG SAMA. SOMEHOW ADA YG PM SAYA CAKAP.. BEFORE DIA PAKAI NAMA JALINA LEE ( JUAL PENCUCI KEMALUAN KANAK KANAK ) MASIH CARA YG SAMA..IKLANKAN SECARA PUBLIC & MINTA GAMBAR KEMALUAN BUDAK BUDAK KONONNYA NAK TENGOK TAHAP SERIUS TU.. BILA DH RAMAI REPORT, DIA DEACTIVE PAKAI NAMA LAIN.. BERLAKON DOKTOR PULA KALINI. SO, LEPAS NI X MUSTAHIL DIA MUNCUL MENYERUPAI MAKHLUK LAIN PULA TANPA KITA SEDAR. JADI HATI HATI YA MAK MAK SEKALIAN ALAM. JGN CEPAT SHARE DETAILS ANAK KITA. JADI BAHAN JE KANG.
Sumber: Syakilla Nordin
0 comments :
Post a Comment