Semalam, Datin Seri Rosmah ditahan oleh SPRM sejurus hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung 1MDB. Sejurus penahanan tersebut, beberapa orang pengikut Datuk Seri Najib berkumpul tanda protes terhadap apa yang berlaku kepada keluarga bekas Perdana Menteri ini.
Artikel berkaitan: ‘Saya Pelik Orang Panggil Saya Rasis’ – Ellie Suriati
Ellie Suriati antara yang hadir lantang mengkritik penahanan tersebut yang disifatkan bermotif dendam. Dakwa dirinya, ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan pemerintah ketika ini.
Seolah ada running ball tidak henti-henti
Ellie Suriati menyifatkan hanya parti politik UMNO saja mampu menjaga semua rakyat yang berbilang kaum ini termasuk Melayu, India, Cina dan lain-lain. Tambahnya lagi, pemimpin Barisan Nasional dan UMNO terutamanya Datuk Seri Najib Razak tidak putus menerima dugaan. Dia turut mempersoalkan punca pendapatan dana politik yang digunakan kerajaan Pakatan Harapan selama ini.
Hanya Barisan Nasional hanyalah satu-satunya parti yang menjaga rakyat pelbagai bangsa. Sekarang ini, Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya sekarang seperti seolah ada satu running ball yang tidak henti-henti terhadap Datuk Najib Razak dan kini Datin Seri Rosmah Mansor tentang dana politik.
Sekarang saya mahu tahu, kerajaan yang memerintah sekarang selama ini dana politik mereka dari mana? Sila jawab.
Meroyan pula
Moga makcik tersedarlah
Sumber: Roti Kaya
0 comments :
Post a Comment