Operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong bertukar tragedi apabila 6 anggota bomba dan penyelamat yang terlibat, lemas malam semalam.
Ibu salah seorang mangsa, Mazlan Omarbaki berkongsi cerita perbualan terakhir dengan anaknya ketika dihubungi menerusi panggilan telefon malam Isnin lalu.
‘Itu kali terakhir saya bercakap dengan Mazlan’
Ibu Mazlan, Asmah Abdalis ketika dihubungi Berita Harian masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu. Menurut Asmah, ketika dihubungi Mazlan buat kali terakhir tempoh hari, dia meninggalkan pesan kepada Mazlan supaya sentiasa berhati-hati ketika bekerja.
Ibu ini juga sempat berpesan kepada anak keempat dari 6 beradik itu supaya tidak risau tentang keadaannya di Sabah.
Itu kali terakhir saya bercakap dengan Mazlan… sehari sebelum itu dia ada hubungi saya sebelum keluar operasi menyelamatkan orang cuba bunuh diri, sebelum letak telefon dia kata ‘Ibu, Mazlan jalan dulu ya’.
Tulang belakang keluarga selepas ayah tiada
Mazlan yang masih belum berumah tangga selalu berharap untuk pulang berkhidmat di Sabah supaya tidak berjauhan dari ibunya yang juga seorang ibu tunggal. Tambah Asmah lagi, Mazlan adalah harapan keluarga selepas mereka kehilangan bapanya, 6 tahun lalu.
Selepas bapanya meninggal dunia, dialah tulang belakang dan pengganti bapa sehinggalah masuk latihan bomba dan dihantar ke Semenanjung selama enam tahun… dia usaha minta bertugas di Sabah untuk jaga saya.
Adik Mazlan, Azrul berkata walaupun tidak tinggal sebumbung, abangnya selalu menghubungi mereka sekeluarga dan menasihati mereka adik-beradik supaya belajar bersungguh-sungguh namun melarang mereka mengikut jejak langkahnya.
Abang larang kami jadi anggota bomba kerana perlu berjauhan dari ibu.
Jenazah Allahyarham dijadual diterbangkan dari Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang ke Lapangan Terbang Tawau, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Payung Pinagat.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian
0 comments :
Post a Comment