Tak Nak Suami Tinggal, Sanggup Tipu Hamil Guna Kusyen… Polis Pun Dia Nak Tipu!

Anak merupakan pelengkap kehidupan buat pasangan suami isteri dan membuktikan kuatnya ikatan cinta mereka. Kerana tidak mahu ditinggalkan suami, wanita ini terpaksa berpura-pura mengandung 9 bulan.

Pelbagai helah di susun dengan teliti bagi memastikan rahsia ‘kehamilannya’ itu tidak terbongkar. Dia turut mendakwa diculik geng pemerdangan organ dengan menaiki sebuah van dan mengeluarkan ‘anak’ itu dari perut tetapi akhirnya kantoi juga. Kalau terdesak pun, jangan buat macam ni…

Didakwa diculik

Gambar sekadar hiasan

Kejadiaan ini dipercayai berlaku di Barranquilla, utara Colombia, semalam. Dimana seorang wanita ini telah menyumbat kepalan kusyen ke dalam baju di bahagian perut untuk kelihatan seolah dirinya sedang mengandung anak pertama mereka. Antonela Milena Padilla berusia 37 tahun ini juga dirinya telah diculik sekumpulan pemerdagangan manusia pada hari dia dalam perjalanan ke hospital.

Dia juga membuat kenyataan kepada pihak berkuasa daerah itu dimana dia telah diberi dadah sebelum geng tersebut memotong perutnya dan mengambil ‘bayi’ yang dikandung itu. Bagaimanapun, penipuan ini terbongkar apabila kantoi hanya terdapat kepalan kusyen di dalam perut.

Dipaksa ke hospital selepas ‘kandungan’ hilang

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan The Mirror, wanita ini juga sanggup mencetak gambar imbasan ultrabunyi dari Internet untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakan. Malah, suaminya itu tidak pernah mengesyaki sesuatu tetapi teruja kerana bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi.

Dia juga mendakwa dirinya tersedar pada jam 7 malam di luar sebuah pasar raya dan mendapati ‘anak’ dalam kandungan sudah tiada. Lantas, segera menghubungi suami dan keluarga untuk melaporkan ‘insiden’ itu.

Sebaik saja tiba di hospital atas desakan keluarga didapati ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimanapun, pihak polis telah  melancarkan operasi besar-besaran untuk menjejak penculik berkenaan.

Lebih aneh, Antonela tidak mengalami sebarang kecederaan berdasarkan ceritanya itu. Malah, ujian pemeriksaan doktor mendapati dia tidak pernah hamil dan tiada kesan sedatif dalam badannya.

Dia melarikan diri

Gambar sekadar hiasan

Menurut ibu mertua Antonela, dia tidak pernah mengesyaki apa-apa terhadap ‘kandungan’ menantunya itu.

Ujian dijalankan membuktikannya, namun dia tetap mendakwa dia hamil. Sepanjang ‘kehamilannya’ anak saya tidak pernah mengikutnya masuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya cuma menunggu di pintu hospital.

Memang perutnya kecil, namun kami tidak pernah mengesyaki apa-apa. Anak saya berkata, mereka memang hidup bersama, namun dia tidak pernah menyentuh perut isterinya untuk merasa ‘bayi’ itu. Tiada sebab untuk Antonela berbuat begini.

Antonela sempat melarikan diri dari hospital selepas ujian darah dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak hamil. Menurut Komander polis, Mariano Cotero Coy, wanita itu akan didakwa kerana membuang masa ramai pihak termasuk pihak polis dan doktor dengan tipu helah ‘kehamilannya’ itu.

Sumber: Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment