Avana Jadi Platform Che Ta Dan Mak Cun Kukuhkan Perniagaan

Penyedia solusi e-dagang Malaysia,, AVANA telah mengumumkan kolaborasi terbaru bersama dua selebriti terkenal, Erma Fatima atau lebih popular dengan gelaran Mak Cun dan Rozita Che Wan yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta. Kolaborasi ini adalah untuk membantu peniaga kecil membawa perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjana pendapatan dalam ekonomi digital.

Menurut Luqman Adris, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas AVANA, Che Ta dan Mak Cun dipilih sebagai revolusi e-dagang kerana mereka adalah contoh usahawan Malaysia yang berwawasan tinggi dan percaya bahawa ramai usahawa yang akan mengikuti jejak dua selebriti ini untuk mencapai impian untuk membina bisnes yang berjaya.

Sebelum ini, AVANA pernah mengumumkan kerjasama terbaru bersama MATRADE dan Facebook menerusi sebuah program yang dikenali sebagai “Made by Malaysia, Loved by the World” yang telah dilancarakan secara rasmi pada 24 September 2018 di Menara MITI, Jalan Duta. Program ini turut dihadiri oleh dua selebriti popular ini dan ia dijangkan dapat membantu dan memperkasakan sekurang-kurangnya 2,000 usahawan di seluruh negara untuk mengeksport ke luar negara.

Selain tiu, program ini dapat membantu para usahawan membina nilai strategik bisnes mereka dalam skop tempatan dan seterusnya membawa momentum bisnes ke peringkat global. Kurikulum program tersebut turut merangkumi aspek perancangan bisnes, strategi pemasaran, proses eksport serta syarat dan peraturan global yang perlu diketahui untuk pasaran antarabangsa

Para usahawan boleh menggunakan aplikasi mudah alih AVANA untuk membantu membina kedai atas talian dan menguruskan pesanan pelanggan dengan lebih cepat menggunakan telefon mudah alih. Aplikasi ini juga memudahakan usahawan memuatn naik produk dan mengemaskini butiran inventori di hujung jari.

Bukan setakat itu sahaja, dengan menggunakan aplikasi yang sama, usahawan boleh terus berkongsi produk mereka di platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan saluran lain supaya pelanggan boleh terus membuat bayaran dengan satu langkah sahaja.

Melalui platform inilah dua usahawan dan selebriti terkenal, Mak Cun dan Che Ta telah berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing ke pasaran yang lebih luas dan sekaligus memudahkan setiap urus niaga yang dijalankan mereka.

AVANA menyediakan platfrom e-dagang serendah RM429 setahun. Dan menariknya, kedai atas talian yang dibuka menggunakan platform AVANA ini boleh terus digunakan kurang daripada setengah jam. Kemudahan lain seperti inventori, maklumat produk, sistem invois dan sistem perbankan untuk bayaran memudahkan usahawan membina bisnes yang lebih utuh secara atas talian. Peniaga juga boleh terus menjana nombor ‘tracking’ PosLaju terus daripada rumah atau pejabat mereka.

Untuk lebih maklumat lanjut, sila hubungi pihak AVANA di 014 977 4275 atau anda boleh mendaftar di SINI.

 

The post Avana Jadi Platform Che Ta Dan Mak Cun Kukuhkan Perniagaan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment