Jenama luxury terkenal dunia, MCM atau Michael Cromer Munchen sememangnya jenama yang menjadi pilihan ramai artis terkenal Korea. Oleh kerana itu, ramai juga peminat K-POP atau drama Korea keliru dengan asal-usul jenama ini. Manakan tidak, boleh dikatakan banyak muzik video, drama Korea dan majalah ternama di Korea menampilkan aksi dan gaya artis Korea dengan menggunakan barangan keluaran MCM. Dek kerana itu jugalah, banyak peminat K-pop mahu bergaya menggunakan jenama ini.
Apa sekalipun, jenama yang berasal dari Jerman pada sekitar 1976 ini sebenarnya telah diuruskan oleh sebuah syarikat dari Korea iaitu Sungjoo Group yang pengasasnya adalah Sung Joo Kim bermula dari 2005. Dari sinilah, makin ramai bintang Korea dipilih menjadi model jenama MCM. Malah tidak hairanlah, rekaan di Korea lebih menarik dan banyak mengikut tema kempen-kempen yang dijalankan. MCM juga begitu hebat di Korea.
Istimewa untuk anda yang menggemari fesyen dari Korea, EH! KOREA BUZZ tampilkan 20 selebriti terkenal Korea yang begitu fanatik dengan MCM. Kami juga lampirkan rekaan-rekaan yang menjadi pilihan bintang Korea ini. Jom lihat senarai bintang tersebut di sebelah serta menilai siapakah bintang Korea yang layak di gelar raja atau ratu MCM. Mengikut analisa yang dibuat, bintang K-POP Rain dan EXO antara bintang yang paling kerap menjadi model utama MCM.
The post Siapakah Raja MCM: Rain Atau EXO? Ini Rekaan Vazz Pilihan 20 Selebriti Korea appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment