Justin Bieber Ambil Keputusan Untuk Pindah Semula Ke Kanada, Turut Membawa Hailey Baldwin Bersama

Bintang kegilaan ramai ini dikatakan kini berpindah kembali ke tanah kelahirannya di Kanada serta turut membawa tunangnya, Hailey Baldwin.

 

Gambar : Billboard

 

Menghabiskan musim panasnya di New York City sebelum ini, tetapi kini Justin Bieber yang sebenarnya berasal dari Kanada sudah bersedia untuk pulang ke tanah airnya dan dia merancang untuk membawa tunangnya yang tercinta bersama keluar dari Amerika.

 

“Dia mahu menjadikan kediaman sepenuh masanya di Kanada. Dia mahu jauh dari babak kehidupan Los Angeles, NYC,”kata sumber kepada US Weekly.

 

Sebahagian sebab adalah kerana dia terlalu penat dengan kehidupan dikejar paparazzi yang boleh dikatakan di semua tempat yang dia kunjungi. Tambah sumber lagi, “It’s overwhelming,” menjelaskan yang mana Bieber mahukan kehidupan yang normal.

 

Gambar : Sumber Google

 

Bieber turut dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam Ontario bernilai USD5juta yang direka dengan bilik penyimpanan wain berpenghawa dingin, kemudahan ekuestrian yang beroperasi sepenuhnya dan akses ke tasik peribadi.

 

Gambar : energy 106.ca

 

Menurut sumber lagi, Bieber dan Baldwin masih merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi. Ada laporan yang mengatakan bahawa terdapat ura-ura yang lokasi perkahwinan pilihan mereka sudah ditempah oleh pelanggan lain pada tarikh yang mereka inginkan, tetapi pastinya mereka tidak akan membiarkan perkara itu menjadi penghalang untuk mereka mengadakan majlis perkahwinan mereka di situ.

 

“Mereka mahu memastikan yang hari perkahwinan mereka sempurna dan seperti yang mereka idamkan,”jelas sumber.

 

 

The post Justin Bieber Ambil Keputusan Untuk Pindah Semula Ke Kanada, Turut Membawa Hailey Baldwin Bersama appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment