Semalam, satu lagi kes bunuh diri membabitkan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berlaku di Lebuh Sungai Pinang, Pulau Pinang. Pelajar berkenaan ditemui mati berhampiran kolam renang apabila dipercayai terjun dari tingkat 11 rumahnya sebelum mayat dijumpai pekerja permbersihan kira-kira jam 8 pagi semalam.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan merajuk dengan ibunya atas sebab-sebab tertentu. Pelajar itu yang sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) juga turut meninggalkan nota ingin membunuh diri.
‘Mak tak payah susah hati..’
Foto kredit: Astro Awani
Nota di atas menjelaskan punca sebenar pelajar berkenaan membunuh diri kerana campur tangan orang ketiga dipercayai ayah tirinya. Menurutnya lagi, dia tidak sanggup melihat ibunya menangis.
Minta maaf mak kerana buat mak susah hati dan marah.
Orang rambut putih akan hantar org rambut hitam pergi. Ini adalah salah saya sebab itu mak tak payah susah hati.
Selepas saya pergi, mak sembang dengan dia untuk bercerai sebab saya tidak ingin tengok mak menangis kerana dia.
Mak, saya pergilah.
Ibu mangsa benar-benar terkejut dan tidak menyangka anaknya akan bertindak membunuh diri.
Bagaimanapun, ibu mangsa menganggap nota bunuh diri yang ditinggalkan anaknya itu hanyalah gurauan dan tidak mempedulikannya.
Dia bagaimanapun terkejut apabila anaknya itu benar-benar membunuh diri dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.
Selain itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Manakala kes masih dalam siasatan polis.
Sumber: Astro Awani/ Facebook PenangKini
0 comments :
Post a Comment