Now you may know them much well through their Vlog! Nora dan Nedim kini melancarkan sebuah akaun YouTube rasmi milik mereka yang mana bekerjasama dengan Global Creator Studios.
Menerusi saluran YouTube tersebut, ia akan memaparkan kehidupan seharian pasangan ini sekeluarga dalam masa yang sama akan memberikan tip berguna kepada penonton dalam golongan keluarga dan ibu bapa.
Global Creator Studios (GCS) merupakan unit perniagaan studio content baharu di bawah bumbung Gushcloud. Unit ini berfungsi dalam merangka video untuk selebriti dan influencer media sosial dalam membina nama mereka di internet.
Memilih nama NENO untuk saluran YouTube mereka, ia sebenarnya adalah singkatan bagi Ned dan Nora. Penonton akan dapat melihat dan mengenali diri mereka dengan lebih mendalam kerana menerusi vlog yang akan dipaparkan di saluran itu, mereka akan memaparkan diri mereka yang lebih bersahaja dan paling best adalah penonton dapat berinteraksi dengan lebih peribadi dan secara langsung dengan mereka.
Bahkan, menerusi YouTube tersebut, ia bercirikan vlog kekeluargaan dan percutian yang mana turut akan menunjukkan aktiviti pasangan ini selain dari mengikuti rutin penggambaran filem.
Kami memang telah lama inginkan sebuah saluran YouTube untuk mendokumentasikan kehidupan kami sebagai pasangan dan kini sebagai sebuah keluarga. Kami juga ingin berkongsi pengalaman suka dan duka kami kepada pasangan dan keluarga lain agar komuniti ini terus berkembang. Kami bekerjasama dengan GCS setelah melihat kejayaan kolaborasi mereka dengan selebriti dan pengaruh media sosial ternama di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Kami telah memerhati bagaimana mereka membantu selebriti lain membina perawakan di Internet melalui video. Ia juga dapat memberi pengalaman baru untuk peminat Nora untuk melihat saya dan Nora di telefon pintar dan komputer riba masing-masing setelah melihat Nora di skrin besar,” kata Nedim Nazri.
The post Nora Danish Dan Nedim Nazri Lancar Saluran YouTube Mereka appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment