Sebelum ini seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka pernah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Namun, sehingga kini, akaun Facebook dilihat masih aktif di laman sosial seperti Facebook.
Terbaru, terdapat seorang lagi lelaki pertengahan usia turut mendakwa dirinya sebagai sultan negeri itu sehingga menimbulkan tanda tanya netizen.
Tertakluk peruntukan undang-undang
Kerajaan negeri Melaka menurut Sinar Harian dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas individu tersebut yang menggunakan nama Sultan Mansor Shah III. Menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, pihaknya sudah membawa isu berkenaan untuk membuat laporan polis terhadap invidu itu.
Sesiapa pun boleh mengaku tetapi sebagai sebuah negeri yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang, prinsip asas itu perlu dipegang termasuk sama ada benar atau tidak sesuatu perkara itu supaya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak melanggarnya.
Kita akan ambil tindakan berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang, serta perlembagaan negara. Apa yang berlaku dalam negeri segalanya tertakluk kepada peruntukan undang-undang di peringkat negeri dan tiada pihak yang terkecuali.
Akan ambil tindakan jika ada laporan
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah pula, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang mendakwa sebagai Sultan Melaka, apatah lagi jika melibatkan jenayah, penipuan dan sebagainya.
Kita sedang memerhatikannya dulu belum ada laporan polis yang dibuat. Kalau dia menggunakan (nama) itu untuk kepentingan peribadi, kalau ada membuat penipuan ke atas orang, ada laporan diterima kita akan mengambil tindakan.
Sinar Harian kelmarin melaporkan beberapa keping gambar individu mendakwa dirinya Sultan Melaka viral di laman sosial. Satu majlis itu diadakan seakan satu majlis pemasyhuran dilaksanakan pada 21 Oktober di Kuala Linggi, Melaka.
Sumber: Sinar Harian
0 comments :
Post a Comment