Ini Sebenarnya Yang Berlaku Semasa Ribut Di Klang Semalam

Kira-kira 2.30 petang semalam, hujan lebat beserta angin kencang telah melanda kawasan sekitar Klang. Ekoran itu, banyak kenderaan rosak teruk dan terdapat beberapa serpihan bumbung zink berterbangan.

Penduduk di sekitar Klang dan kawasan berhampiran juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan segala kemungkinan perubahan cuaca di Asia Tenggara. 

Angin kencang

Ribut melanda

Foto kesan dari ribut

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian selama satu jam hujan lebat beserta angin kencang itu telah menyebabkan beberapa kenderaan dan juga rumah dilaporkan rosak.

Kerja pemotongan dan pengalihan pokok sedang giat dijalankan bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kita juga sedang memastikan kawasan yang terbabit dalam keadaan selamat.

Turut terjejas pusat beli belah di sekitar Klang sehingga menyebabkan binaan runtuh manakala ada beberapa kawasan perumahan juga terputus bekalan elektrik selepas wayar elektrik ditimpa pokok tumbang.

Pokok tumbang betul-betul depan mata

Salah seorang mangsa, Nordin Ahmad menceritakan detik cemas semasa berada dalam situasi ini dimana sebatang pokok telah tumbang atas keretanya.

Ketika saya melalui jalan itu angin tidak terlalu kuat, namun saya lihat banyak pokok yang sudah tumbang, apabila saya melintasi sebuah kawasan perumahan tiba-tiba sebuah pokok tumbang betul-betul depan mata menyebabkan serpihan pokok menghempap bumbung kereta.

Nasib baik saya hanya bawa perlahan. Jika saya tekan minyak ketika itu belum tentu saya selamat kerana batang pokok itu sangat besar. Saya bersyukur berikutan tidak ada perkara buruk yang berlaku. Alhamdulillah, apa yang penting saya selamat.

Sumber: Jaish Alhaq, Metro, BH

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment