Malang tidak berbau apabila seorang penonton terkena bola golf pada mata sebelah kanan ketika menonton pertandingan sukan golf Ryder Cup secara langsung. Wanita bernama Corine Remande mengalami kecederaan sebelah kanan. Akibat dari insiden itu, Corinde dilaporkan hilang pandangan pada mata kanan.
Pandangan mata kanan hilang selamanya..
Pengalaman seorang penonton menghadiri untuk menyaksikan pertandingan ‘The Ryder Cup’ bertukar tragedi apabila matanya cedera kerana terkena bola golf pukulan dari Brooks Koepka, pemain golf dari Amerika Syarikat. Wanita berusia 49 tahun telah menerima rawatan di lokasi kejadian dan seterusnya dibawa ke hospital berdekatan. Tidak lama selepas itu Corine dipindahkan ke hospital Rousse di Lyon, Perancis.
Menerusi keputusan imbasan, Corine alami retak di soket mata sebelah kanan dan pecah pada bahagian bebola mata, meyebabkan mata kanannya sudah lagi tidak dapat digunakan. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Remande.
Menurut Corine lagi, dia kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menampung kos perubatan, dengan mengatakan tiada sebarang bentuk amaran dari pegawai Ryder Cup. Mereka juga tidak menghubungi Corine sejak insiden itu berlaku.
Jelas sekali pihak penganjur perlu mempunyai rasa tanggungjawab. Para pegawai juga tidak menjerit memberikan sebarang amaran apabila bola menuju ke arah penonton.
Sumber: Mirror Sport
0 comments :
Post a Comment