Semua orang sedia maklum, bayi dan kanak-kanak merupakan antara golongan yang mudah dijangkiti penyakit. Antibodi yang masih lemah menyebabkan mereka berisiko dijangkiti kuman dan virus berbahaya.
Seperti yang dikongsi ibu ini, selepas 10 hari dilahirkan ibu mendapati terdapat gelembung cecair kuning di muka anak. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan anak dijangkiti Impetigo iaitu sejenis penyakit kulit disebabkan bakteria.
Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome
20 Julai 2018.
Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7jam ummi bertarung dalam labour room. Macam2 komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu. Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi. Bermula lah fasa ulang alik jenguk Affan & hantar susu.
Ummi ingat anak ketiga ni senang je ummi lahirkan macam Abg Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita
24 Julai 2018.
Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi la makhluk Allah yang paling gembira.
Ada tumbuh blister kat muka Affan
30 Julai 2018.
Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam tu & warna kuning. Ummi tak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam tu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi takda pengalaman macam ni sebelum ni. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pegi KKIA, doctor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair tu doctor cakap takde pape. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam tu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi bagitau Affan ade IMPETIGO. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa tu. Doctor minta ummi google & baca. Doctor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.
31 Julai 2018
Cecair tu dah kering. Doctor terangkan apa tu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doctor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan. Doctor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama2 terpaku. Doctor explain tak perlu risau. Doctor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotic. Ummi lega. Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.
3 Ogos 2018.
Alhamdulillah, Affan boleh keluar dah. Tapi ummi macam tak berapa happy. Sebab nampak impetigo tu still ada. Tapi doctor cakap takpe. Sapu je krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up. Senyum je dia eh
Belum sembuh sepenuhnya
Muka Affan yang ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu tu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya.
4 Ogos 2018
Dahi Affan keluar cecair penuh macam ni. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tak sembuh lagi. Dan betul lah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung & telinga Affan
Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata je. Allahuakhbar.
Dah start naik kuping2 kuning area mulut Affan.
5 Ogos 2018.
Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad tu ummi ajak abi pegi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Doc Syed memang on call masa tu. Doc Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ni. Ummi redha. Janji Affan sembuh.
Mata tak boleh buka
6 Ogos 2018.
Mata Affan tak boleh bukak. Masa ni penuh kuping2 tu kat mata Affan.
7 Ogos 2018.
Alhamdulillah, mulut Affan dah bersih. Tinggal mata belum boleh bukak. Petang tu ada appointment dengan doctor pakar kulit.
Scalded Skin Syndrome
8 Ogos 2018.
Baju memang tak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ni Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotic lepas doc diagnos Affan Scalded Skin Syndrome
Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pon makin happy
9 Ogos 2018.
Muka Affan dan bersih, mata dah boleh bukak. Masa ni tinggal kelengkang & punggung Affan yang masih luka. Alhamdulillah…
Tinggal badan je menggelupas sikit demi sikit ganti kulit baru
Affan dan boleh pakai baju. Alhamdulillah
12 Ogos 2018.
Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan & badan je nak salin kulit baru. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah, Affan dah 45 hari. Affan kena kuat macam Ummi Abi
Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga2 wahai ibu ayah sekalian. Takpelah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Takpelah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodi nya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa2 pun.
Saya sebelum ni banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
#UmarAlBaihaqi
#UwaisAlQarni
#UthmanAlAffan
Sumber : Mazne Aznan
0 comments :
Post a Comment