Mengalir Airmata Selepas Disebat..

Sepasangan lesbian telah dijatuhkan hukuman sebat kerana telah ditangkap melakukan hubungan sejenis pada April lalu di Dungun, Terengganu. Pasangan ini menerima enam sebatan dihadapan kira-kira 100 orang saksi termasuk ahli keluarga.

Artikel berkaitan: Pasangan Lesbian Kena Sebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi

Apa yang lebih mengerunkan lagi apabila terlihat kelibat seorang pegawai penjara wanita sedang memegang sebatang rotan, setia menunggu di hadapan bilik Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Mengalirkan air mata selepas hukuman

Tiada sebarang jeritan yang keluar dari mulut pasangan ini sebaik saja sebatan hinggap di anggota badan. Hal ini kerana pegawai penjara itu perlu ikut prosedur yang ditetapkan dimana ayunan tangan dan rotan tidak melebih kepala pesalah.

Tertuduh yang berusia 32 tahun itu ternyata mengalirkan air mata selepas selesai hukuman enam sebatan terhadapnya. Manakala, tertuduh berusia 22 tahun pula kelihatan sebak pada sebatan ketiga dan hukuman terpaksa dihentikan buat seketika.

Tidak mengemukan sebarang rayuan

Walaubagaimanapun, kedua pesalah ini dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,300 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar wang denda itu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Pasangan ini diberi peluang untuk membuat rayuan atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari. Bagaimanapun, mereka tidak mengemukan sebarang rayuan sehinggalah tempoh rayuan tamat.

Selepas mendapat pengesahan terhadap kesihatan masing-masing, mereka akur menerima hukuman enam sebatan itu. Lalu, mereka dibawa masuk ke sudut bilik mahkamah dan duduk di atas kerusi membelakangi saksi kejadian. Hukuman sebatan tersebut kira-kira tiga minit seorang.

Sumber: mStar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment