‘Semoga Bahagia Sampai Syurga’

Hubungan pelakon Elfira Loy dengan seorang usahawan ini mula dihidu beberapa bulan lalu. Meskipun baru saja berkenalan hanya beberapa bulan, pasangan ini telah dikatakan mengikat tali pertunangan awal pagi tadi.

Artikel berkaitan: Kenal Ramadan Lalu, Elfira Kini Tunangan Datuk?

Tidak ramai yang mengetahui hal ini termasuk bekas tunangnya, Sufian Suhaimi. Penyanyi Di Matamu ini hanya mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Tahniah

Menurut Astro Gempak, Elfira Loy telah selamat ikat tali pertunangan bersama Muhamad Faris Khairul Anuar yang dipercayai seorang usahawan. Malah, dipercayai jejaka ini dipercayai seorang anak Datuk.

Bagaimanapun, penyanyi Sufian Suhaimi hanya dapat mendoakan yang terbaik sekiranya khabar pertunangan ini adalah benar.

Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai syurga.

Penyanyi ini mengulas tentang berita tersebut sejurus saja mengetahui pelakon Elfira Loy telah selamat mengikat tali pertunangan bersama Faris Khairol Anuar, 9 pagi tadi. Majlis diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri hanya keluarga rapat saja.

Sumber: mStar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment