Cucuh Api Kemaluan Murid, Ugut Potong Dengan Gunting Rumput, ‘Bonda’ & ‘Walid’ Ditahan

Kes dera dan buli semakin menjadi akhir-akhir ini dan bagaikan tidak berkesudahan. Walaupun pelakunya ada yang sudah dihukum setimpal dengan jenayah dilakukan, isu ini masih lagi berulang.

Seorang kanak-kanak menjadi mangsa dalam kes terbaru yang berlaku di Kuantan, Pahang. Jika sebelum ini viral video anak kecil peringkat tadika didera, kali ini kanak-kanak pula menjadi mangsa.

Ditahan selepas terima laporan bapa mangsa

Gara-gara mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan seorang kanak-kanak lelaki, seorang guru wanita di sebuah tahfiz dan rakan guru lelakinya ditahan polis semalam.

Guru berkenaan yang dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ ditahan di Kampung Selamat, Kuantan, Pahang selepas laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.

Bapa mangsa hanya menyedari anaknya diperlakukan sedemikian selepas menonton video pendek yang viral di aplikasi Whatsapp petang semalam.

Kononnya proses pembelajaran

Dalam video berkenaan, guru terbabit menarik kemaluan kanak-kanak malang itu sebelum diugut untuk dipotong dengan gunting pemotong rumput dan dicucuh pemetik api.

Manakala dalam dua lagi klip video berasingan masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki tersebut kerana didakwa mencuri makanan.

Bapa mangsa telah dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang kawan mangsa dan tidak mencuci selepas buang air besar.

Sumber: Bernama

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment