Genap sedekad Afgan menapak dalam industri muzik, penyanyi terkenal dari Indonesia ini bakal menyambutnya dengan sebuah konsert yang akan diadakan di KL November nanti.
Bakal kembali ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun sedekad dengan dunia muzik, Afgan akan beraksi di Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.
Konsert tersebut dikatakan sebagai hadiah istimewa Afgan buat peminat setianya sepanjang 10 tahun berkarya di dalam industri muzik. Ia bakal menyajikan penonton dengan rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, Confession No.1 pada tahun 2008 hingga album sekarang yang berjudul, DEKADE. Album terbaru Afgan berjudul DEKADE telah dilancarkan baru-baru ini mengandungi 14 buah lagu termasuk 3 buah lagu dari album terdahulu.
“Konsert ini begitu istimewa kerana Malaysia telah dipilih sebagai lokasi pertama sambutan ulang tahun ke-10 Afgan dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Operasi Nizra Production Sdn Bhd, Nik Iruwan Datuk Nik Izani, selaku penganjur untuk konsert Afgan kali ini.
Tiket konsert kini sudah boleh didapati pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP) yang mana tiket ini akan menerima pas Meet & Greet berserta CD dan poster yang ditandatangani oleh Afgan sendiri.
Berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10 peratus diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori. Anda boleh dapatkan tiket ke konsert Afgan ini di https://ift.tt/2N27Qpe atau hubungi Hotline di 03-9222 8811.
The post Sedekad Dalam Industri Muzik, Afgan Adakan Konsert DEKADE di KL appeared first on EH!.





0 comments :
Post a Comment