8 Jambatan Yang Menakjubkan Di Seluruh Dunia

Baru-baru ini telah tular di media sosial tentang jambatan yang dibina di Vietnam. Apa yang menarik mengenai jambatan ini adalah ia direka di atas batu berbentuk tangan manusia yang besar. Ia kedengaran sangat sukar untuk dipercayai namun jambatan ini sememangnya wujud. Jelita senaraikan lapan jambatan yang menakjubkan di seluruh dunia. Golden Bridge, Vietnam

Inilah jambatan yang tular di media sosial baru-baru ini. Golden Bridge telah menjadi tarikan utama di Da Nang City, Vietnam. Pelancong di seluruh dunia amat tertarik dengan rekaan uniknya. Dua tangan gergasi yang menyokong jambatan tersebut. Kedua tangan tersebut tampak sangat realistik. Menurut pereka jambatan tersebut, rekaan jambatan itu  memberikan ilusi bahawa tangan Tuhan sedang mengangkat jalur emas keluar dari tanah. Menurut pelancong pula, arca ini memuka semua yang datang dengan reka bentuknya, kemahiran yang digunakan untuk membinanya dan kebijaksanaan yang diperlukan untuk melaksanakan idea ini.

The post 8 Jambatan Yang Menakjubkan Di Seluruh Dunia appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment