‘Saya Hantar Mesej Kepada Nombor Telefon Bapa Tapi…’ – Anak Pramugara MH370 Kongsi Kisah Sayu

Misteri kehilangan pesawat MH370 pernah menggemparkan dunia pada empat tahun lalu tetapi peristiwa itu masih lagi segar dalam memori kita terutamanya ahli keluarga mangsa. Baru-baru ini, anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat itu, Maira Elizabeth, memuatnaik status dan berkongsi saat-saat terakhir bersama ayahnya.

Artikel berkaitan: Pakar Penyiasat Dakwa Bangkai MH370 Berlubang Ditembusi Peluru Ditemui?

Siapa sangka hari itu merupakan saat-saat terakhir perbualan dan pertemuan antara Maira Elizabeth bersama ayahnya, Andrew Nari. Perkongsian di laman Twitter ini telah mendapat 13ribu retweet dan pasti membuatkan kita mengalirkan air mata mengenangkan detik 8 Mac 2014 lalu.

Dia ajak hantar ke airport

Jangan ulang salah yang sama

 Memang teringatkan bapa

Menurut mStar ketika menghubungi Maira Elizabeth, dia juga merasa bersedih ketika apabila teringatkan ayahnya itu. Dia juga kesal kerana pada malam terakhir itu dia tidak dapat memenuhi permintaan ayah.

Sewaktu saya baca beberapa perkongsian orang lain mengenai kehilangan adik beradik dan ibu-bapa secara tiba-tiba, lama-lama saya jadi sedih dan kebetulan semalam memang teringatkan bapa saya.

Jadi saya pun kongsi kisah dan pengalaman saya. Tak terlintas pun ramai yang akan retweet. Sejujurnya saya ingat orang dah tak kisah pasal ni.

Berharap mereka kembali

Sebenarnya nak ikut pergi hantar, tapi hari tu sangat penat kerana saya bekerja secara sambilan, masa tu sedang tunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menyesal, tapi tak terlintas akan jadi macam tu sebab dah biasa dia pergi kerja. Kebetulan kalau ada kat rumah saya ikut. Kalau tak, mak dan adik akan hantar dia.

Meremang pula bulu roma bila teringat balik. Saya harap orang lain tak ulangi kesilapan sama, sebab kita tak tahu bila orang tersayang akan pergi. Sewaktu tahun pertama dan kedua selepas insiden itu, saya ada hantar mesej pada nombor telefon bapa saya, sekarang dah tamatkan nombor itu dan saya cakap dalam doa je, tapi rasa tak puas.

Tapi menarik apabila tahu ramai lagi sebenarnya lalui perkara sama. Apa pun terima kasih, tak sangka orang di luar sana masih berharap semua penumpang MH370 akan kembali.

Sumber: Maira Elizabeth, mStar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment