‘Hujan Lebat, Ribut Petir & Angin Kencang Hingga November’ – Jabatan Meteorologi Malaysia

Kebelakangan ini, cuaca hujan kerap kali berlaku terutamanya pada waktu petang. Sedikit sebanyak, ianya menyukarkan mereka yang membawa motorsikal untuk pulang ke rumah.

Menerusi Facebook rasmi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan media mengenai hal terbabit.

Mengalami tempoh peralihan monsoon

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara ini akan mengalami tempoh peralihan monsun bermula hari ini sehingga awal november. Malaysia juga turut akan mengalami angin dengan kelajuan yang lemah dari pelbagai arah dan tempoh peralihan tersebut menandakan berakhirnya musim monsun barat daya.

Hujan lebat dan badai petir dijangka berlaku dalam jarak pendek yang diikuti oleh angin kencang yang kerap terutama pada petang hingga malam.

Kebanyakan kawasan yang akan dilaksanakan adalah negeri pantai barat dan kawasan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah dan bahagian barat dan pusat Sarawak.

Berhati-hati sepanjang tempoh peralihan

Jabatan Meteorologi Malaysia turut menasihati orang awam agar berhati-hati sepanjang tempoh tersebut. orang ramai juga boleh periksa keadaan cuaca terkini menerusi laman web rasmi, www.met.gov.my, laman sosial rasmi Facebook dan Twitter, plikasi myCuaca atau talian Hotline di 1-300-22-1638.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment