4 Ciri Keselamatan Anak Di Taska Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska pasti akan sentiasa rasa risau dengan keselamatan mereka. Lebih lagi, apabila melihatkan isu keselamatan anak di taska yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Ibu bapa perlu meneliti empat ciri keselamatan anak di taska ini agar mereka dapat mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku pada anak.

ciri keselamatan

Gambar: Shutterstock

  1. Siasat mengapa anak anda kerap tidak suka untuk ke taska, tadika atau sekolah, Jangan paksa anak untuk ke taska hanya kerana anda sudah lewat ke tempat kerja atau kerana anda perlu bekerja.
  2. Ciri paling penting adalah jika tubuh badan anak anda terdapat luka dan lebam namun pengasuh atau cikgu tidak memberitahu anda atau dia sendiri tidak tahu kenapa, maka anda perlu tanamkan rasa curiga.
  3. Jika anak ada menceritakan sesuatu yang tidak baik berlaku di taska, tadika atau di sekolah, janganlah anda dengar sambil lewa. Terbitkan rasa curiga dan cuba untuk siasat apa yang sebenarnya telah berlaku pada anak anda.
  4. Satu lagi ciri yang perlu anda tahu adalah jika anak berkelakuan ganas atau menuturkan perkataan yang tidak elok. Ini bermakna sudah tiba masanya anda memantau budaya dan keadaan di taska atau tadika kerana anak cenderung untuk meniru perbuatan yang dilihat atau dengar.

Empat ciri ini penting untuk ibu bapa tahu kerana ia dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku kepada anak anda ketika mereka di taska, tadika atau rumah pengasuh.

The post 4 Ciri Keselamatan Anak Di Taska Yang Ibu Bapa Perlu Tahu appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment