Kayu manis ialah salah satu rempah masakan yang popular di serata dunia. Malah, herba ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi, bukan sahaja untuk masakan tetapi juga untuk kesihatan dan kecantikan.
Berikut ialah antara khasiat kayu manis yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR
Jika anda mengalami masalah rambut gugur, apa kata anda cuba cara ini. Sediakan satu sudu serbuk kayu manis, satu sudu madu dan sedikit minyak zaitun.
- Campurkan kayu manis dengan madu. Masukkan sedikit demi sedikit minyak zaitun dan gaul hingga mendapat adauan yang likat seperti syampu.
- Basahkan rambut seperti biasa. Kemudian, sapukan adunan tadi pada rambut dan kulit kepala sambil diurut perlahan. Biarkan selama 15 minit sebelum bilas.
KECUTKAN JERAWAT
Bagi anda yang rungsing dengan masalah jerawat, apa kata cuba cara ini. Sediakan satu sudu serbuk kayu manis dan tiga sudu madu. Campurkan bahan tersebut hingga sebati. Sapukan pada wajah sebelum masuk tidur. Cuci hanya setelah anda bangun keesokan harinya.
AWET MUDA
Semua orang mahu kelihatan awet muda dari usia yang sebenar. Apa kata anda aplikasikan kayu manis untuk menampilkan keremajaan kulit anda. Sediakan satu sudu serbuk kayu manis, empat sudu madu dan tiga cawan air.
- Rebus kesemuanya hingga sekata dan sebati.
- Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan tiga kali sehari.
- Ia bukan sahaja menyegarkan tubuh malah melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.
The post KHASIAT KAYU MANIS UNTUK CANTIK DAN SIHAT appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment