Bagi mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif, kini anda tidak perlu risau. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd memperkenalkan produk Dove DermaSeries, koleksi penjagaan kulit terbaru yang dicipta khusus untuk mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif. Matlamat Dove ialah untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita berasa yakin, positif dan bangga dengan kulit mereka.
Di Malaysia, dianggarkan satu daripada lima individu hidup dengan keadaan kulit yang sangat kering. Gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan pendedahan kepada perubahan suhu serta kelembapan menyebabkan lebih ramai terjejas dan mengalami kulit kering.
Menurut Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pantai Cheras, Dr Irene Lee Chew Kek, kulit kering terjadi akibat kekurangan lembapan dalam stratum korneum iaitu lapisan luar kulit dan ia boleh dikaitkan dengan kehilangan air daripada lapisan ini. Biasanya, pelembapan sudah cukup untuk membetulkan kulit dan membantu memulihkan fungsi normal rintangan kulit. Bagaimanapun, dalam keadaan kulit yang sangat kering, stratum korneum tidak berfungsi dan akhirnya mengakibatkan kulit merekah, gatal dan pedih.
Sebagai pelopor revolusi pembersihan secara lembut sejak 60 tahun dahulu, Dove terus merintis jalan dalam kepakaran penjagaan kulit dengan pelancaran produk yang dicipta eksklusif untuk kulit sangat kering dan sensitif, yang bertujuan untuk menyuntik keyakinan agar mereka boleh berbangga dengan kecantikan kulit mereka. Dove DermaSeries sama sekali tidak menimbulkan alahan dan tidak mengandungi wangian. Ia membantu memulihkan, melembapkan dan menyihatkan semula kulit yang kering dan sensitif.
Koleksi Dove DermaSeries membawakan empat produk khusus untuk keperluan kulit kering dan sensitif iaitu gel mandian, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan. Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum, membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan pada kulit, manakala pelembap pula bukan sahaja melembapkan dan melindungi kurang kering, tetapi juga mengaktifkan PPAR – sejenis protein yang terdapat dalam kulit yang membantu untuk menyihatkan semula lipid kulit.
Untuk meneruskan komitmennya kepada kecantikan semula jadi, pelancaran Dove DermaSeries diiringi kempen terbaru Dove, “Make peace with dry skin”, satu inisiatif untuk meraikan wanita yang hidup dengan keadaan kulit kering. Kempen ini bertujuan untuk menangani cabaran sosial yang dihadapi oleh individu dengan keadaan kulit yang sangat kering dan salah faham umum bahawa keadaan kulit akan berjangkit, dan tindak balas negatif orang ramai terhadap gejala mereka yang boleh dilihat. Maklumat lanjut tentang koleksi Dove DermaSeries dan kempen “Make peace with dry skin”, anda boleh klik di sini.
The post Belai Kulit Sensitif Dengan Dove DermaSeries appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment