‘Henti Buli OKU, Mahukah Anda Viral Dengan Rakaman Seperti Itu?’

Semalam viral di media sosial gelagat ‘lucu’ seorang pekerja stesen minyak yang dipercayai kurang upaya (OKU). Video yang berdurasi 03:51 saat itu menjadi bahan ketawa dan ejekan netizen yang rata-rata tidak mengetahui perkara sebenar.

Menerusi Facebook Public Health Malaysia, netizen diminta supaya menghentikan perbuatan buli OKU yang dianggap semakin melampau. 

Henti buli OKU

[ISU] Henti Buli OKU

Rakam video perbualan individu kurang upaya

Kemudian kongsikan di media sosial dan tularkan

Komen berbaur kutukan dan hinaan secara berjemaah

Ini adalah contoh perbuatan JELIK yang di lakukan oleh netizen di Malaysia terhadap seorang individu OKU.

Untuk makluman, ini merupakan kali ke dua video individu yang sama di tularkan.

Video sebelum turut mendapat ribuan perkongsian sehingga keluarga tampil merayu agar perkongsian video individu kurang upaya ini di hentikan

Mengapakah individu OKU lebih kerap di buli dan mengapakah ia terjadi?

Ikuti kupasan PHM mengenai isu serius yang dijadikan bahan hiburan netizen Malaysia

Fast Fact Mengenai OKU dan Buli

  • Kajian sistematik menunjukkan, individu OKU adalah 4 kali ganda lebih berisiko untuk di buli berbanding individu normal.
  • 3 kali ganda lebih berisiko untuk di rompak, di samun dan di rogol
  • 3 kali ganda lebih berisiko untuk di manipulasi secara seksual semasa kanak kanak
  • 1.6 kalo ganda lebih berisiko untuk di abaikan dan di dera semasa kanak kanak

Mengapakah individu OKU sering di buli?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan OKU berisiko untuk menjadi mangsa buli;

1. OKU mudah dijadikan mangsa dan tidak melawan
2. OKU sering dianggap sebagai individu yang lebih rendah tahapnya dari segi intelektual, kemampuan, kebolehan
3. Pandangan stereotype mengenai individu OKU
4. Individu OKU sering terasing dan di pinggirkan dalam pelbagai aspek
5. Perbuatan buli kepada individu OKU dianggap sebagai hiburan dan normal kepada sesetengah pihak

Seperti didalam kes ini, pihak yang tidak bertanggung jawab telah merakamkan percakapan individu OKU ini dengan niat untuk di jadikan sebagai bahan hiburan di media sosial.

Kekurangan yang di miliki oleh individu OKU ini telah di jadikan modal oleh netizen untuk mempersendakan tingkahlakunya.

Netizen juga tidak melihat perbuatan perkongsian video seperti itu sebagai satu bentuk penindasan kepada golongan OKU tetapi sekadar satu bentuk hiburan untuk bergurau senda

Cuba letakkan diri anda di tempat individu OKU tersebut

Sokong dan Bantu Golongan OKU

Di fahamkan individu OKU ini bekerja di sebuah stesyen minyak di selatan tanah air.

Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pengusahan dan BHP yang telah mengambil inisiatif dengan mengajikan individu OKU sebagai pekerja mereka.

Ini adalah salah satu contoh untuk menunjukkan peranan pihak industri dan pengusaha untuk membantu dan menyokong golongan OKU untuk menumbangkan tenaga kepada masyarakat.

Mungkin bagi sesetengah pengusaha, mereka lebih rela mengambil pekerja asing yang jauh lebih ekonomi dan efisyen.

Tetapi sokongan murni inilah yang menjadikan sesebuah komuniti itu berbeza dan berada di tahap yang jauh lebih baik dari satu komuniti yang lain.

Bagi masyarakat pula, beri kerjasama dan fahami keadaan dan kekurangan golongan OKU. Galakkan dan sokong mereka untuk bekerja dan menyumbang bakti kepada komuniti

Saranan kepada masyarakat

Cuba letakkan diri anda di dalam diri individu OKU tersebut. Mahukah anda di viralkan dengan rakaman video seperti itu?

HENTIKAN sebarang bentuk pembulian dan diskriminasi kepada golongan OKU.

Mohon mana mana pihak yang mengongsikan video tersebut agar menghentikan penyebaran serta merta

Laporkan kepada Facebook —> klik pada titik titik di atas kanak perkongsian—> give feedback—> pilih harassment

Elakkan dari memberi komen yang berbaur hinaan dan kutukan

Sokong dan bantu Individu OKU

@public health malaysia

Sumber : Public Health Malaysia

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment