Demi Lovato dilaporkan dijumpai ‘overdose’ di kediamannya di Hollywood. Kini dia dikatakan stabil dan di samping keluarga tercinta yang menemaninya.
Seorang wakil kepada Demi Lovato mengatakan yang penyanyi itu “kini sudah sedarkan diri dan bersama keluarganya” selepas dimasukkan ke hospital semalam disebabkan pengambilan dadah berlebihan.
“Demi sudah sedar dan bersama keluarganya yang mana ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyayanginya, mendoakannya dan sentiasa menyokongnya. Sesetengah informasi yang dilaporkan dikatakan kurang tepat dan mereka semua meminta untuk diberikan ruang privasi serta tidak membuat sebarang spekulasi tentang kesihatan dan proses pemulihan buat Demi adalah perkara yang paling penting sekarang ini,” kata wakil kepada portal Rolling Stone.
Namun wakil tersebut tidak memberi penjelasan penuh mengenai informasi yang dilaporkan kurang tepat tersebut, tetapi pada malam semalam TMZ telah membuat kenyataan di mana Lovato mengambil dadah jenis heroin secara berlebihan hingga menyebabkan ‘overdose’, mengatakan yang mana jenis dadah tersebut sebenarnya tidak dinyatakan.
Los Angeles Fire Department menerima panggilan kecemasan kesihatan pada jam 12.22am dari sebuah kediaman di Hollywood Hills di mana Lovato menetap. LAFD kemudian menghantar seorang pesakit wanita berusia 25 tahun ke sebuah hospital berdekatan.
Menurut NBC, responden pertama yang tiba di kediaman Lovato telah menggunakan naloxone, yang mana dapat mengatasi kesan overdose opioid. Sementara informasi penuh mengenai tahap kesihatan Lovato kini masih kurang pasti, konsert penyanyi itu akan datang yang dijadualkan pada Khamis ini di New Jersey telah pun dibatalkan.
Bahkan, sebuah gameshow di saluran FOX “Beat Shazam” yang menampilkan episod bersama Lovato yang telah dirakam sebelum ini dan sepatutnya disiarkan pada malam ini juga telah dibatalkan serta digantikan dengan episod lain.
Lovato sebenarnya telah menjadi seorang yang terbuka akan kepayahannya dalam mengharungi dadah dan alkohol, menyatakan akan ketagihan dan pemulihannya dalam dokumentari pada tahun lalu, Simply Complicated.
Namun, pada Jun, penyanyi itu seakan mengaku kembali ketagih dalam lagu terbarunya berjudul ‘Sober’ yang mana bertulis lirik berbunyi, “Momma, I’m so sorry I’m not sober anymore. And Daddy please forgive me for the drinks spilled on the floor/ To the ones who never left me, we’ve been down this road before/ I’m so sorry, I’m not sober anymore.”
The post Demi Lovato Ditemui ‘Overdose’, Kini Stabil Di Hospita appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment