Siapa tidak kenal dengan Yb Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sememangnya antara menteri yang sering mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ramai menganggap KJ seorang menteri yang sempoi malah sangat aktif di media sosial. Tak hairanlah, dia sendiri mempunyai pengikut yang ramai di laman twitter.
Terbaru, satu tweet yang dibuat seorang pengguna twitter mendapat respon oleh KJ sendiri. Tak mahu terus difitnah dan menjadi mangsa berita tidak benar, KJ memberi respon terhadap satu tweet bergambar yang memaparkan Menteri di Malaysia ymelakukan aktiviti bersama rakyat.
Gambar lama – KJ
Tweet bodoh. Gambar2 dari beberapa tahun yang lepas. We do this day in, day out. Regardless when elections are. Be a critic, fine. But don’t be a douchebag.
Dakwa KJ, dakwaan pengguna Twitter itu sama sekali tidak benar kerana gambar – gambar yang dikongsi merupakan gambar lama. Tambah KJ, aktiviti sebegini sebenarnya sering dilakukan oleh mereka bukan hanya tertumpu pada musim pilihanraya sahaja.
Jadi tak adil sekiranya orang ramai menilai pemimpin di Malaysia hanya kerana beberapa keping gambar dengan info yang tidak benar.
Respon netizen
Sumber : Khairykj
0 comments :
Post a Comment